Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Wednesday, April 18, 2012

Panggilan Daulah #3


Formulasi Keselamatan Malaysia
"Tegakkan Hudud" atau kita semua akan dihududkan.

Itu sahaja kaedah kenegaraan yang ada yang patut difokus semua.

Sebagaimana lazim, manusia susah untuk menurut perintahNya secara aku dengar dan aku taat, dan meminta hujah. Sedangkan kita dicipta untuk tunduk dan abdikan diri. Tidak dicipta jin dan manusia kecuali untuk ibadat.

Shahadah,solat,puasa, zakat, dan haji, semua keranaNya. Tidak perlu hujah. Kenapa kita solat, kerana itu perintahNya, bukan kerana solat itu senaman yang bagus, bukan kerana sujud dalam solat itu menyampaikan darah ke otak, dan bukan kerana-kerana yang lain. Apa-apa kebaikkan itu hanya rahmat dariNya,dan tanpa izinNya solat itu hanya menjadi perbuatan sia-sia apatah lagi kerana bukan keranaNya tapi kerana-kerana yang lain yang makin menjauhkan kita dariNya.

Begitu juga kenapa kita tidak makan babi, minum arak,dan larangan-larangan yang lain? Hanya keranaNya. Bukan kerana-kerana yang lain,bukan kerana ada cacing babi, dan bukan kerana memabukkan. Apa-apa keburukkan itu hanya rahmat dariNya, dan tanpa izinNya larangan-larangan itu juga masih tetap tidak memberi kesan, malah kita pula yang goncang pendirian.

Itulah kenapa hakikatnya, kita perlu akhirnya mencari dan mengenalNya. Bukan langsung tidak boleh berhujah, khususnya pada yang belum dewasa atau yang baru mengenal Islam, tapi jangan jadikan hujah itu semata-mata sebagai pegangan ultimatum, khusunya yang sudah lama dewasa atau lama mengenal Islam. Sampai satu tahap akan diuji, memang ibadat kerana hujah-hujah itu akan dirasai kosong, jangan hilang arah, itu panggilanNya untuk beriktikad semula keranaNya. Yang penghujungnya membawa hanya keranaNya dan bukan kerana dosa dan pahala hatta sekalipun.

Begitulah juga tentang fokus kita "Tegakkan Hudud", tegakkan keranaNya.

Bagi yang sangsi, ini hujahnya.

Gempabumi yang sebelum ini jarang kita rasai, telah dapat dirasai di tempat baru seperti Mersing. Gempa 8.7richter Acheh kali ini syukur tidak mendatangkan Tsunami pada Acheh. Mungkin kerana Acheh telah mula menjalankan hudud. Jadi janganlah kita berlengah sampai kita pula terkena apa yang Acheh pernah kena barulah kita mula percaya.

Bagi yang takut pada hudud, ini hujahnya.

RahmatNya lebih dari azabNya, bila kita kembali padaNya. Hukuman rotan sebagai contohnya, hukuman rotan hudud tidak akan sekejam hukuman rotan sekular kini. Nabi Ayub As pernah merotan 100 kali rotan tetapi dengan sekali seberkas 100 rotan. Nabi Isa As pernah menolak kesaksiannya sendiri dengan berkata matanya yang menipu dirinya dalam satu kes curi. Beliau juga pernah menolak hukuman dengan
bertanya pada pengikutnya siapakah yang maksum untuk menjalankan hukuman rejam bagi penzina. Jadi, adakah ini semua main-main. Tidak,proses tahanan dan pendakwaan itu sendiri akan mengaibkan pelaku disamping menginsafkannya bahwa penjenayah itu tidak selamat. Bagi pelaku yang tegar, selalunya taubat dirinya sendiri yang akan membuatnya memilih hukuman maksima. Dari tidak mampu menahan diri contohnya dari berzina, dari dia memilih bunuh diri yang dikeji, lebih baik dia bertaubat dan memilih mati dengan hukuman yang matinya lebih mulia. Contoh Nabi kita menunda hukuman mati pada penzina wanita bukan
tiada. Malah, dalam zaman Khalifah, terdakwa yang mempunyai dalil dalil mampu menolak dakwaan khususnya dalam kes penganiayaan.

Bagi yang skeptikal, ini hujahnya.

Hudud ini sendiri akan membawa kepada platform kekhalifahan itu sendiri.

1. Khalifah

Hanya seorang sahaja yang layak mengepalai, semestinya yang terbaik, yang hanya takut pada Allah, Raja bersendi syarak dengan Kitab AlQuran

2. Perundangan

Walau barisan Qadhi/hakimnya berbagai, hanya satu sahaja rujukan, semestinya yang terbaik, adil lagi saksama iaitu AlQuran

3. Baitulmal

Walau barisan Baitulmalnya berbagai, hanya satu sahaja rujukan, semestinya yang terbaik, yang bebas riba iaitu AlQuran

Dengan ini semua akan mula menghayati isi AlQuran itu sendiri baik Pemimpin, Qadhi, Amil, Peniaga, dan Rakyat segalanya. Tiadalah lagi tersisih dari kehidupan kita.

Kenapa kena cepat?

Sebelum kita menolak kemuliaan ini dan diganti azab, dan kemuliaan ini diserah pada musuh kita yang akhirnya dimuliakan Allah. Jangan lupa kisah kaum Monggol yang meruntuhkan empayar Islam dan akhirnya mereka sendiri menganut Islam. Walhal sebelum itu mereka ialah Yakjuj Makjuj (leluhur mereka yang sepet memang sahih Yakjuj Makjuj, tapi keturunan mereka yang bercampur arab dan parsi pula menjadi
Islam).

Jangan ingat Korea Utara yang kelak mampu menundukkan penzalimnya iaitu amerika, melalui teknologi EMP dengan melumpuhkan semua sistem elektronik dunia dan semua kembali kepada sistem konventional, bertukar menganut Islam dan menjadi panji dari timur selepas menjarah nusantara. Walhal kini mereka juga sepet, menepati Yakjuj Makjuj.

Kerana setakat ini hanya dua negara sahaja yang bebas dari bank dunia. Iran dan Korea Utara. Jangan ingat Secretary General Ban Ki Mon dan sekarang Pengerusi Bank Dunia Jim Yong Kim, dimana kedua-duanya dari Korea Selatan bukan percaturan amerika.

Negara kita memang bawah bank dunia, pembangkang juga pro amerika, jadi tidak mustahil Korea Utara bila berkuasa akan menjarah kita. Itulah kenapa kita kena mulakan hudud, sekurang-kurangnya tidaklah kita dicop sebagai Islam luaran sekutu amerika.

Malah kita boleh pergi jauh selain hudud, dengan bersatu dalam kewangan fulus Islamiah secara nusantara dan kemudian secara dakwah kepada Korea Utara dan Selatan, serta China dan Russia. Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, dan Filipina fasa seterusnya kerana ada sebabnya yang tidak perlu dibicara.


Rahsia fulus kita ialah coin berdasar bijih timah. Sama seperti sejarah
kebangkitan Nusantara. Kita secara perlahan asingkan diri dari bank dunia.
Bukankah Islam akan bangun secara asing. Dengan 300juta Muslim Nusantara, seluruh bijih timah Indonesia iaitu 1/4 keluaran dunia iaitu 60000m3 setahun bernilai RM4.8billion akan kita tukar pada 15 coin 3 gram seorang pada nilai RM1.00 satu koin.

Dunia akan mengalami kesusutan bahan bijih timah yang akan menaikkan nilai fulus, berlawanan dengan sistem sekarang iatu duit yang sentiasa susut nilai. Kemudian kita dakwah China yang mengeluar 1/2 bijih dunia, juga mengguna bijih timah dan dengan penduduknya sendiri 1 billion hanya mampu mengada 10 coin 3 gram seorang pada nilai 1 Yuan = RM1.OO.

Akhir sekali dengan amerika latin,sebagai Blok Ekonomi Selatan, pada nilai
1 Dollar = 1 Yuan = RM1.OO.

Dengan pupus bijih timah dari pasaran dunia, tiada siapa lagi boleh manipulasi. Kita sendiri telah memuliakan Islam dengan dakwah bebas riba, sebagai Blok Ekonomi Timur/Selatan yang bukan hanya bersatu kerana kekayaan tetapi lebih lagi, iaitu keadilan. Sebagai Wakil AlMalik AlAdil.

Jadi, tidak perlulah kita mengulang sejarah tumbangnya Melaka pada Bendaharanya yang ke 7, sehingga terbuang di Johor.
"Daim meramalkan Umno-BN hanya boleh menang selesa di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka."

Jadi jadikan ini titik fokus kesatuan kita. Pada Najib, usahakanlah. Kalau tidak mampu, serah pada Muhyidin. Dan kalau beliau juga tidak mampu serah pada Nik Aziz untuk mulakan di Kelantan. Dan kalau beliau juga tidak mampu serah pada Anuar Ibrahim untuk mulakan di Selangor. Kalau
semua tidak mampu bagilah laluan pada yang mampu secara terhormat
, sebelum sebarang perubahan yang tidak diingini berlaku.

Di Syria pun, dalam kebangkitan sunni melawan syiah, Si Sufyani pun telah keluar sama "bersama" sunni.


CommanderBattalion
Lt. Col Abdul Satar YunsuHamza Khateeb[229]
Capt. Ammar Al-WawiAbabeel
Capt. Ayham al-KurdiAbu Fida[67]
Capt. Ibrahim MajburHurriya[227][230][231]
Capt. Riyad AhmadSamer Nunu
Capt. Qais Qata’nehOmari[232]
Lt. Abdelrazzaq TlassFarouq battalion[38][14][227]
Lt. Mazen al-ZeinQassam
Maher Al-RahmounMoawiyah Bin Abi Sufian
Youssef YahyaHarmoush
Muhammad Tayseer OussoSuqur
Wassim al-KhalidAbu Obeidah bin Al-Jarrah
Ahmad Al ArabiDawn of Freedom[233]

Sekian, WAllahualam.

Mahluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih as., yang diadzab dengan batuadalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Salah seorang Ashabul Kahfi adalah Hawariyun Nabi Isa sekitar 4 Selepas Masehi. Manakala yang 6 lagi adalah umat Nabi Isa dari zaman Raja Rom 250 Selepas Masehi Diqyanus/Decius . Adakah petunjuk dari amalan akhir zaman iaitu surat Alkahfi ini untuk mengingatkan kita tentang marabahaya hujan batu seperti peristiwa Ababil, kerana jarak peristiwa Ashabul Kahfi dan Ababil (tahun kelahiran Nabi kita) adalah 320 tahun dan jauh. Dan bukankah hukuman rejam dengan batu itu sesuai dengan perleluasaan zina?
Kelak, bagi yang terpilih, gunakan besi dari hujan batu meteor itu untuk menempa senjata akhir zaman.

1 comment:

  1. duit syiling kita pun dah makin kecil...

    ReplyDelete