Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Thursday, January 12, 2012

Beras, Perak/Dirham, Muamalat dan Zakat


Berapakah tukaran adil yang patut Al Malik Al Adil tetapkan bagi beras dan perak/dirham, agar usaha penat jerih antara pengusaha beras dan pengusaha
perak tidak tertindas/dizalimi atas ikhtiar antara satu sama lain? Antara pengguna dan kedua-dua pengusaha dalam muamalat mengguna dirham? Antara rakyat dan pemerintah dalam pembayaran zakat(fitrah/perniagaan)/jizyah dengan matawang dirham? Agar keadilan Allah dan agama Islam yang diredhaiNya dapat dirasai semua tanpa mengira bangsa dan anutan dan menjadi dakwah secara halus yang paling berkesan bilamana dapat dinikmati bersama. Sebaliknya, tanpa ketetapan yang adil itu, hanya kezaliman kapitalis sahaja yang akan masih tetap tercipta ( walaupun dengan matawang emas perak dan tanpa wang fiat) dengan dakyah ribanya yang lebih halus dari dakyah riba wang fiat dan mudarat inflasinya serta penindasan antara satu sama lain akibat nilai yang tidak hakiki ini.
Bagi yang telah faham, inilah kezaliman/usury/riba yang diperangi semua Nabi dalam dakwah mereka, menentang pemerintahan yang taksub kepada kekayaan kapitalism hingga merasa diri mereka berkuasa dan sebagai tuhan. Dan ini jugalah yang akan menjadi sebagai fitnah akhir zaman tetapi bezanya kali ini lebih besar iaitu secara global, dan manipulasinya lebih licik, disamping ketiadaan Nabi selepas Nabi Muhamad SAW membuatkan ramai yang hilang pedomanNya, kecuali yang dapat mengenali kekasihNya dan mereka masih tetap menyampaikan pesanan. WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment