Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Monday, March 5, 2012

Beras, Perak/Dirham, Muamalat dan Zakat #2

Dengan teredarnya penggunaan syiling baru siri ketiga 10sen berbahan stainless steel dan berat 2.98 gram di pasaran, maka bermulalah titik penyusutan nilai wang sediada.
Dengan harga bahan stainless steel untuk Feb 2012 ialah USD3394 bagi 1000kg
Maka ratio nilai beras:stainless steel pada setiap tan ialah USD610:USD3394
Atau secara mudah 5.5 : 1, iaitu 5.5 nilai beras kepada 1 nilai stainless steel.
Bagi berat 10 kg beras pula bersamaan berat stainless steel 10kg/5.5=1.8 kg .
( 1.8 kg stainless steel = 604 keping 10 sen siri ketiga ); 1800g/2.98g=604.
Maka 604x10sen= RM60.4 bagi sekampit beras 10kg.

Bagi ratio perak:stainless steel, dengan ratio 5.4g perak sama 10kg beras (berdasar Nov 2011 seperti rajah di http://anony328am.blogspot.com/2012/01/beras-perakdirham-muamalat-dan-zakat.html juga), maka bagi tiap berat 10 kg beras, 5.4g perak adalah juga bersamaan 1.8kg stainless steel yang bersamaan nilai 604 keping 10 sen iaitu RM60.4.
Pada ratio perak:stainless steel ini 5.4g : 1800g atau mudahnya 1:333, maka satu dirham perak yang beratnya 2.975g adalah sama 333 keping syiling 10 sen siri baru stainless steel yang beratnya juga hampir sama iaitu 2.98g.

Dengan ini harga semasa dirham berdasar syiling 10 sen baru adalah 333keping iaitu RM33.30.

Adakah satu dirham yang berharga RM25 masih mahal? Atau adakah kita perlu sama bersengkokol dengan masih ingin membeli pada harga semasa dan bukan dengan harga baru setara 604 keping syiling 10sen siri baru senilai RM60.4 bagi sekampit beras 10kg? Bagaimana kita harungi penyusutan nilai ini tanpa menyusutkan keimanan sesama kita, tidak kira samada kita dari pihak pembeli atau penjual? Atau adakah kita akan berubah bila pilihan yang ada ialah menindas atau tertindas? Ataupun kita akan hilang keprihatinan seperti berat membayar zakat fitrah hatta sekalipun apabila segantang beras kelak senilai wang fiat RM20 pada tara baru sedangkan gaji kita nilainya makin mengecil? Fahami hakikat riba ini!!! Serahkanlah hak kekhalifahan itu pada Ahlinya sebelum terlambat. Jangan sampai tiba ketetapanNya tidak kira samada bencana hujan meteor atau banjir besar, atau perangkap dari penyelamat palsu simata satu dengan formulasi bukit roti/emasnya . Sekian, wassalam.

P/s #1
9 March 2012
Harga bahan Stainless steel 18/8 or 304 price usd3394/ton = rm10184/1000kg = rm0.01/g
10sen baru stainless steel 2.98g = rm0.0298
10sen lama 75%copper25%nickel 2.828g = rm0.09 (Harga bahan copper rm0.025/g, nickel rm0.0578/g, http://www.kitcometals.com/)
10sen lama bersamaan dengan 3 keping 10sen baru, iaitu rm0.09/rm0.0298 =3 , tukaran one to one adalah RIBA,PENINDASAN DAN MENCURI. KENAPA TIDAK BOLEH BERSIKAP ADIL UNTUK MENUKAR 1 KEPING 10sen LAMA KEPADA 3 KEPING 10sen BARU?
(dalam kata lain 10sen lama ada tambahan premium 1 sen padanya dan 10sen baru ada 7 sen premium pula dengannya bagi mencapai nilai muka laku sepuluh sen berbanding nilai asas bahan)
HUKUM MENJAGA HARTA ADALAH WAJIB
ASAS UTAMA HUKUM HANYA SATU, JANGAN ANIAYA ("In common law there is only two laws: do not harm another living being, and honor all of your contracts – which easily condenses down to only one Law: do unto others as you would have them do unto you."

No comments:

Post a Comment