Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Thursday, May 3, 2012

Mutakhir










Siapa hambaNya ini?

Pemakan gaji swasta selama 25 thn sebagai penyelia projek mega. Mengambil upah dengan mengguna kepakaran value engineering, dengan mengamal konsep redesign bagi design yang terlalu membazir bagi mengurangkan pemborosan.

Yakin rezkinya selama ini bukan atas penggajian sesiapa, tapi hasil dari
pengelakkan pembaziran yang dilakukan atas hidayahNya sebagai sumber gaji
rezkiNya. Agak terkenal dalam industrinya, tetapi dalam bentuk yang tidak
digemari iaitu pengawal kos dan tanpa sebarang kos tambahan projek.

Walaupun begitu tidaklah sampai kurang dari kos asal, hanya tepat setara pada
kos asal, kerana tidak mahu dianggap cemburu dengan 'rezki' mereka-mereka ini.
Menghalang pemain industri yang suka pada tambahan kos bagi menambah lagi
'rezki' mereka, walaupun laba asal tidak pun dikurangkan.

Alhamdulillah semua projek bawah seliaannya siap, sebagai tanda walau dalam
sistem fitnah ini hamba-hambaNya masih dapat berfungsi secara berhemah padaNya, dengan tidak menokok tambah lagi kekayaan pemboros ini. Cukup dengan mengekalkan had pemboros ini sekadar mengaut kekayaan yang hanya sepatutnya yang telah pun amat lumayan secara syurga duniawi, secara tidak bersengkokol dengan mereka walau ada habuan.

Walaupun begitu, jalannya bukanlah semudah bicara. Setakat kelulusan akademik
memang tidak mencukupi. Pasti tumbang, kerana bila kita menjadi penghalang cita-cita mereka, kita akan dimusuhi walau bukan secara berdepan. Mainan halus zahir dan batin menjadi mainan walau dizaman moden.

Dan pemain ini pun bukan kecil anak, memang mereka berpengaruh dan berduit.
Jadi dalam kita tidak bersengkokol, kita harus pandai bermanis muka menolak
secara halus, selain amalan zahir dan batin ilmuNya. Itulah kenapa ramai yang
terjebak dalam sistem ini, akhirnya terikut mendokongnya, khususnya mereka yang
sejak kecil terbentuk tanpa jalan ilmuNya, kerana mereka tidak pernah tahu hatta
yakin tentang keilmuanNya untuk memerangi bahana sistem ini apatah dari dalam.

Itulah kenapa aku tidak memandang tinggi majoriti mereka yang berkokok di luar,
kerana mereka belum teruji. Dan begitu juga kenapa aku tidak memandang rendah
majoriti yang di dalam walau ramai yang tumbang dan hanyut hatta masih lagi
berdegil walau terbukti tidak mampu, kerana masih ada segolongan kecil yang
masih mampu.

Walaupun begitu segolongan kecil mereka yang berkemampuan di luar sana adalah
lebih baik dari yang di dalam kerana mereka lebih tawakal penggantungan kepada
Allah khususnya dalam penggajian mereka yang dibayar Allah bukan dalam matawangriba, yang tentunya bagi mereka yang di dalam tidak dapat kecapi kecuali merekatidak mengambil gaji. Paling baik bagi mereka yang di dalam dapat lakukan, ialahmenukar gaji kepada emas perak serta fulus sebagai memulang wang riba kepada sistem dan guna emas perak serta fulus itu sebagai matawang sekadar penyataan mengurangkan persengkokolan matawang riba.

Ketika baru melangkah kealam perjawatan, perlawanan arus ini senang dilakukan
kerana semua groundwork dilakukan sendiri. Tekanan dari atas senang ditongkah
kerana semua butir groundwork ada di dalam tangan sendiri untuk menguatkan
hujah. Setelah lama dalam perjawatan, kedudukan pun sama meningkat. Tapi sayang, pelapis muda yang menjadi orang groundwork tidak ada yang berkualiti sama.

Mereka lebih senang bersengkokol demi habuan, dari menjadi yang sedikit. Itulah
kenapa aku yakin bahwa golongan 1 dalam 1000 ini makin susah dicari, dan sistem hina ini akan lebih berkembang, oleh mereka yang berupa sama. Kalau yang bukan berupa sama itu tidaklah dikisahkan, kerana itu lumrah mereka. Tidak hairanlah bagimereka yang sedikit ini umpama memegang bara api, yang kelak akan terhimpit dariatas dan bawah, oleh sistem ini. Atau mungkin ilmu ini yang sangat asing bagi sistem ini bukan mudah diterima oleh bukan sipencari?

Kini aku telah bebas dari perjawatan, dan dalam langkah kepada sistemNya,
insyaAllah. Sekian.

Mutakhir

Aku memilih platform fulus kerana ia lebih senang dijelaskan dalam formulasi
berbanding wang kertas yang abstrak nilainya. Pun begitu aku melihat ramai yang
telah memilih bercerita melalui platform wang kertas. Jadi biarlah aku memula
platform yang mungkin tiada lagi dipilih orang.

Semenjak kesedaran tentang wang fiat riba ini, aku mencari cara mengurangkan
persengkokolan dengan sistem wang fiat ini, kerana aku masih dibawah penggajian. Tentang perjawatan, aku tiada masaalah kerana aku memang yakin atas fungsi aku semenjak tamat belajar. Akhirnya seawal 2009 aku mula dengan menyimpan syiling atas dasar fair valuenya. Sekurang-kurangnya syiling tidak ada naik turun sepertiemas perak. Selepas faham tentang emas perak, barulah aku belijual emas perak.

Aku berprinsip bahwa adat pendekar itu harus berani berpencak dalam mana-mana gelanggang. Jadi jika sebelum ini sistem matawang ini menindas, maka haruslah aku melawan dalam gelanggang matawang ini. Apatah lagi menjaga harta dan diri yang diamanah adalah wajib, khususnya dari jatuh kepada yang bukan Islam.

Tapi masalahnya kini, sistem ini didokong oleh mereka yang berupa seperti aku.
Jadi perlawanan ini tidak boleh secara terbuka,kerana nanti akan ada pengapi yang mengambil kesempatan. Selain keutamaan menyelamatkan diri sendiri dan keluarga serta harta sebagai lebih utama dalam meniti gelanggang matawang, kesedaran pada pendokong yang sesama rupa ini perlu juga dibuat. Kerana kewajipan itu lebih pada mereka. Aku hanya setakat penyampai dakwah kesedaran. Itulah kenapa aku menulis.

Dan yang terlalu sebok hendak mengganti pendokong sekarang ini, adakah
mereka telah mantap tentang permainan ini. Itulah dalam masa bicara aku perlu
berahsia. Bicara aku untuk mereka yang bertanggungjawab supaya sedar. Rahsia
aku pula agar anti pendokong tidak mengguna pengetahuan ini untuk menghentam
sahaja dan bila mereka pula yang menjadi pihak berwajib masalahnya tetap ditakuk lama. Sedangkan musuh sebenar yang perlu dihadapi adalah sama dan kesatuan itu yang perlu.

Gelanggang Matawang

Musuh terbesar ialah bank dunia, dan kuncu-kuncunya ialah bank-bank negara. bank dunia dilindung oleh perundangan bangsa bersatu dan persenjataan 5 kuasa besar serta Nato, yang kini didominasi amerika/yahudi zionis. jika amerika jatuh, dan bagi mereka yang faham amerika ialah romawi, mereka boleh sahaja berpindah kepada budak suruhan baru, russia yakjuj/yahudi zionis, china makjuj/yahudi zionis, dan juga arab spring sufyani/yahudi zionis. vatican dajjal akan sentiasa tidak munculkan diri dan dibelakang tabir. begitu juga iblis. yang kita hadapi hanya anak buah mereka iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. jika orang Islam yang beribadat pun boleh diwas-waskan, apatah lagi setakat Islam pada nama, yang bukan Islam lagilah. (romawi asalnya penyembah berhala dan dewa-dewi, ingat kisah Ashabul Kahfi, kemudian demi sokongan mereka mula mengguna ugama yang dijenama roman katolik, hingga menjadi kuat dikenali empayar byzantine, tapi akhirnya jatuh hingga tinggal menjadi negeri kecil vatican rome. pengikut setia merebak keserata eropah dan mutakhir berhijrah ke amerika. lambang berhala/sihir tetap dapat disaksi pada duit usd. itu mengapa ramai tertarik pada kertas bernombor usd)

Jadi,majoriti sudah maklum tentang keampuhan usd sedangkan ianya hanya nota
hutang. negara lain semua ikut menerbit nota hutang masing-masing bersandar usd.
orangramai akhirnya rela mengdokong tanpa kesedaran. yang mempunyai kesedaran akan dihapuskan. bagi yang mafhum, akan nampak inilah sistem khalifah palsu, membagi taat setia pada sistem kewangan nota hutang dan bank negara sebagai khalifah kecil wakil kepada khalifah agung bank dunia. kita rela diupah,
mengupah, menjual, membeli, sedekah, zakat, jizyah dan akhirnya redha dengan
sistem nota hutang ini. Empayar Ottoman pun terjajah dengan nota hutang biaya
jalan keretapi. Kerajaan Johor Sultan Ibrahim pun nyaris muflis dengan taktik
sama iaitu nota hutang biaya jalan keretapi. bagi yang mafhum dengan taktik ini,
akan nampak modus operandi ini sama dengan nota hutang biaya kereta dan rumah
bagi orangramai. masalahnya kenapa yang berwajib tidak mengharamkannya. adakah musoh kita telah berjaya melahirkan pemuka-pemuka yang sama dengan kita, ya, oleh itu menitilah dengan cermat, jangan sampai kecundang pada pemuka-pemuka dan pendokong ini.

Jadi, adakah duit usd itu besar nilainya. jika berhujah pada duit kertasnya
mungkin mereka masih boleh berdalih. Oleh itu kita hujah pada fulusnya. Dengan
nilai 10 sen 2nd siri kita yang 1.5 kali nilai 10 sen usd, kenapa selama ini kita
tertindas untuk membayar pada tukaran 3 ganda duit kita pada satu duit usd.
Dengan kata lain kita tunduk/turun nilai kita 1.5x3=4.5 kali ganda dari usd. Ini
terang-terangan penindasan skala tinggi bagi majoriti orangramai yang dibenarkan
oleh bank negara kita. contoh harga beras, sekilo usd 0.6 patut dibayar oleh kita
usd 0.6/1.5 = rm 0.4 iaitu 4 kpg 10 sen. tanpa subsidi pun sudah murah.

Tapi yang berlaku sekarang sekilo beras usd 0.60 x 3 = rm 1.8 setelah diturun
nilai tukaran asing.(penurunan kumulatif sebenar rm 1.8/rm 0.4 = 4.5 kali ganda)

Itu secara antarabangsa. Dalam negeri pula, 10 sen 2nd siri nilai 3 kali ganda
dari 10 sen 3rd siri. Kenapa tidak sahaja buat tukaran 1 lama kepada 3 baru untuk
ganti yang lama. Walhal 10 sen yang baru ini pun telah ada untung kerana kosnya
hanya 1/3 dari nilai muka.

Sahih jenayah, harap ada penguat undang-undang yang sedar mendakwa jenayah ini. Mantan pemimpin yang sebelum-sebelum ini pun tiada dalih, kerana tukaran asing atas 3 ini telah berleluasa lebih 10 tahun.

Itulah kenapa kita kena mansuh bank dunia serta bank negara dan balik kepada
standard emas perak baitulmal. Dan ini tidak dapat lari dari hudud itu sendiri.
kerana selagi syariat ini tidak dilaksana, tidak akan ramai memilih jalan riba
itu haram dan berniaga itu halal. Masih tidak letihkah hendak mendokong sistem
sekular yang tidak menyelesaikan masalah, dan hidup berpura seperti tiada
masalah? Mampukah memberi jawapan kelak kenapa orang yang ada simpanan kwsp rm 250,000 tidak ditukar fulusnya 3 kali ganda iaitu rm 750,000 bila duit sen siri baru ini dimula, kerana kononnya tukaran ini tidak menyusutkan nilai? Hujah tukaran asing harga beras di atas pun tanpa tukaran duit sen baru pun mustahil disangkal, ini kan pula dengan tukaran sen baru? Adakah BR1M, Restoran1M, Kedai1M dan yang seangkatannya mampu untuk menebus kesusutan ini? Kenapa tidak adukan pada yang berwajib, ambillah iktibar bahwa pemimpin yang perlu menjaga rakyatnya dan tahu sungutan mereka bukan menghantar balaci yang tidak ada kuasa? Kami tiada masa kalau hendak bertemu semua, itulah kenapa on the first place buat sistem yang betul kerana bila sistem sudah betul tiadalah rungutan dan tiada sesiapa pun perlu dijumpa? Takkan bila Tuhan jadikan manusia sebagai Khalifah, Dia tidak sediakan pengetahuan sepatutnya.

Negara kita ada rukunegara kepercayaan kepada Tuhan. Siapa yang tidak bertuhan
buang negara. Bila dia bertuhan, tanya apa kitab dia. Hudud dia ikut kitab dia.
Ramai nanti fremason jesuits yakjuj serta makjuj akan berhijrah lari, percayalah.
Menyenangkan mereka yang taat setia pada bumi ini. Bila kita telah tambat duit
kita pada emas perak dan fulus, sebarang duit luar masuk hanya emas perak dan
fulus. Tiada lagi duit kertas atau digital. Percayalah, musoh tidak dapat lagi
membeli hasil, jiwa dan tanah negeri ini kecuali dengan duit sebenar iaitu emas
perak dan fulus. InsyaAllah.

Sekian, wassalam, mutakhir dariku.

http://commonsenseconspiracy.com/2012/04/megachurches-on-the-rise-has-religion-become-an-enterprise/

http://curezone.com/forums/am.asp?i=1934837


P/S: Ahli kitab lain pun tahu tentang ini. Apabila tambatan ini dilakukan, contohnya di amerika, emas akan bersamaan usd 7500/oz dan perak usd 150/oz pada fair base value satu dime 10 cents mereka. Debt Forgiveness akan berlaku, iaitu ramai yang menyimpan emas perak akan dapat melangsaikan hutang mereka sekaligus yang menakutkan pendokong sistem ini. Walaupun harga barangan lain juga nampak naik, tapi pada hakikatnya ia adalah fair value yang sebenar berdasar nilai dime.

Kalau di negara kita pula tambatan berdasar 10 sen 2nd siri ini akan membawa emas kepada rm 5000/oz dan perak rm 100/oz, bertepatan nilai 10 sen lama yang 1.5 nilai dime berbanding tukaran sebelum ini yang tidak berasas fair value. Kalau 10 sen 3rd siri?  Pasti semua senyum dengan laba kemenangan atas sistem kuffar ini.

Oleh itu harga beras fair value dime ialah usd 3.00 dan bagi fair value 10 sen lama kita rm 2.00. Emas dan perak menjadi common exchange antara sesebuah negara. Negara tertindas seperti Malaysia dan Australia akan tiada perubahan ketara pada harga barangan. Negara menindas seperti amerika, canada dan indonesia(jangan terkejut, elit matawang yang kuat di nusantara) akan ketara kenaikkan iaitu 5x di amerika, 7x di canada dan 5x di indonesia.


P/S 2 : Penguasa yang layak terbit wang dinar/emas, dirham/perak, fulus/copper legal, yang sebenarnya tiada turun naik nilai mendadak (kalau tanpa wang kertas/kadar tukaran kapitalis wujud, naikturun semua komoditi sebenarnya selari dan agak konsisten) selayaknya tanpa premium, disamping mengawal cetakan palsu serta yang paling utama wajib menyedia tempat bagi tukaran Islamik antara emas/perak/fulus legal dari semua pihak dalam/luar negeri dan mempunyai lombong emas/perak/tembaga. Yang menerbit tanpa layak dengan kewajipan tersebut patut dihudud.

Contoh ratio asal, 100 fulus 10 sen lama = 1 dirham, maka bila copper naik perak juga sama naik dan ratio agak konsisten. Tahun 2000 ratio purata emas perak tembaga ialah 1 emas : 70 perak : 6300 tembaga. Tahun 2012 ratio ini 1 : 51 : 6375. Ratio purata bagi kedua-dua tahun ini 1:60:6350 ,yang mana jika diguna pada 2006 adalah menepati perubahan gradual,yang selayaknya matawang stabil yang konsisten dengan komoditi lain seperti beras/ayam. Harga 5 kg beras/1.5 kg ayam tahun 2000 1dirham = 72 fulus = 1/100 dinar, tahun 2006 1dirham = 85 fulus = 1/85 dinar, dan tahun 2012 1dirham = 100 fulus = 1/72 dinar.

Bagi yang berkefahaman akan nampak 1 dinar tahun 2000, 2006, 2012 adalah statik pada 7200 fulus. Ajaib bukan, ini kerana fulus coin ada nilai intrinsic yang setara turun naik? Bagi yang berkefahaman juga tahu kenapa emas dan perak ini setara pada fair valuenya hanya mutakhir ini, kerana telah di manipulasi harga sebelum tahun 2000 selama 20 tahun.

Ingat lagi Zimbabwe yang muflis walhal pengeluar emas utama dunia, yang dijarah
oleh sistem ini termasuk kita semua yang sebenar membeli emas bawah fair value, seronok atas kesusahan orang?  Manipulasinya kerana tidak ditambat pada 
fulus coin (tetapi pada wang kertas yang tiada nilai intrinsic), itu sahaja trick
simple yang berjaya menjarah hampir seluruh dunia, khususnya emas dan perak. Dan dengan stok emas dan perak ini juga mereka masih ada keupayaan penimbal mengawal harga selagi majoriti dunia tidak bersatu pada tambatan emas perak fulus coin ini.

Maka pengumpul emas perak kena lebih bijak sebelum dijarah lagi walau pun
memegang fizikal, jangan merempit/loan tanpa ilmu. Yang tidak memegang fizikal
seperti akaun/saham/derivatif, anda seangkatan mereka. Jalankan jualbeli fizikal
tidak kira turun naik harga, tawakal, sebab secara logik beli murah jual mahal
baru untung. Tapi bukan itu kaedahnya kerana itu untung peribadi, sentiasa
jualbeli dan bila ramai yang sudah pegang fizikal barulah kita ada kekuatan ummah yang baru dapat menjatuhkan mereka dan menguntungkan semua secara jemaah.

Tukaran Asing Islamik
1 dirham = AUD $5 = RMsiri2 $10 = SGD $10.8 = PHP $170 = USD $15 = RMsiri3 $30 =
THB $300 = IDR $200,000 = CAD $52.6

1 oz = AUD $50 = RMsiri2 $100 = SGD $108 = PHP $1700 = USD $150 = RMsiri3 $300 =
THB $3000 = IDR $2,000,000 = CAD $526

VS

Tukaran Asing Kapitalis
1 oz = AUD $30 = RMsiri2 $90 = SGD $36 = PHP $1260 = USD $30 = RMsiri3 $90 =
THB $900 = IDR $270,000 = CAD $30

1 dirham = AUD $3 = RMsiri2 $9 = SGD $3.6 = PHP $126 = USD $3 = RMsiri3 $9 =
THB $90 = IDR $27,000 = CAD $3

Bandingkan penjarahan tukaran kapitalis dengan tukaran Islamik. Banyak bezanya
khususnya CAD, IDR, dan USA yang diyakini akan menentang hebat oleh elit mereka melalui pendokong yang tidak berkefahaman khususnya angkatan bersenjata dan pendekar istidraj serta PENGGIAT DINAR DIRHAM tanpa ilmu contohnya bagi IDR yang kos dirham IDR27,000 dan dijual IDR66,000 pun telah untung( tetapi sebenarnya masih terikat pada nilai wang kertas dan kadar tukaran matawang fiat yang tetap tiada intrinsic ). Memang seronok bila bersama sistem duniawi ini. Sebenarnya kita tidak membantu yang Haq, iaitu memberi yang sepatutnya kepada ahlinya,  kalau yang berkefahaman akan nampak petani/buruh lombong akan menikmati untung yang sewajarnya, bukankah ini berjiwa rakyat, tidakkah Nabi kita menyayangi simiskin, kerana Beliau juga tahu tentang ini. Bayangkan perolehan pesawah Indonesia yang dapat IDR 40,000 bagi satu kg beras berbanding IDR 9,000 kini. Fahami, kerana jalan jihad ini pun tidak semudah yang digembar gemburkan.


(Apakah fiat? Fiat ialah peratus Face Value diatas intrisik Base Value fulus
masing-masing secara domestik, dan Base Value fulus masing- masing diatas Base
Value USD dikali Face Value  USD diatas Face Value fulus masing-masing secara
antarabangsa. Secara domestik dapat dilihat dari jadual Tukaran Asing Islamik
berbanding Tukaran Asing Kapitalis, contoh peratus fiat domestic bagi
AUD=160%. RMsiri2=$100/$90=110%. SGD=300%. PHP=135%. USD=500%. RMsiri3=333%. THB = 333%. IDR = 740%. CAD = 1750%. Contoh peratus fiat antarabangsa bagi
AUD=300%. RMsiri2=USD$150/RMsiri2$100 x RMsiri2$90/USD$30=450%. SGD=180%. PHP=370%. USD=100%. RMsiri3=150%. THB = 150%. IDR = 7%. CAD = 28%.)

Wednesday, April 18, 2012

Panggilan Daulah #3


Formulasi Keselamatan Malaysia
"Tegakkan Hudud" atau kita semua akan dihududkan.

Itu sahaja kaedah kenegaraan yang ada yang patut difokus semua.

Sebagaimana lazim, manusia susah untuk menurut perintahNya secara aku dengar dan aku taat, dan meminta hujah. Sedangkan kita dicipta untuk tunduk dan abdikan diri. Tidak dicipta jin dan manusia kecuali untuk ibadat.

Shahadah,solat,puasa, zakat, dan haji, semua keranaNya. Tidak perlu hujah. Kenapa kita solat, kerana itu perintahNya, bukan kerana solat itu senaman yang bagus, bukan kerana sujud dalam solat itu menyampaikan darah ke otak, dan bukan kerana-kerana yang lain. Apa-apa kebaikkan itu hanya rahmat dariNya,dan tanpa izinNya solat itu hanya menjadi perbuatan sia-sia apatah lagi kerana bukan keranaNya tapi kerana-kerana yang lain yang makin menjauhkan kita dariNya.

Begitu juga kenapa kita tidak makan babi, minum arak,dan larangan-larangan yang lain? Hanya keranaNya. Bukan kerana-kerana yang lain,bukan kerana ada cacing babi, dan bukan kerana memabukkan. Apa-apa keburukkan itu hanya rahmat dariNya, dan tanpa izinNya larangan-larangan itu juga masih tetap tidak memberi kesan, malah kita pula yang goncang pendirian.

Itulah kenapa hakikatnya, kita perlu akhirnya mencari dan mengenalNya. Bukan langsung tidak boleh berhujah, khususnya pada yang belum dewasa atau yang baru mengenal Islam, tapi jangan jadikan hujah itu semata-mata sebagai pegangan ultimatum, khusunya yang sudah lama dewasa atau lama mengenal Islam. Sampai satu tahap akan diuji, memang ibadat kerana hujah-hujah itu akan dirasai kosong, jangan hilang arah, itu panggilanNya untuk beriktikad semula keranaNya. Yang penghujungnya membawa hanya keranaNya dan bukan kerana dosa dan pahala hatta sekalipun.

Begitulah juga tentang fokus kita "Tegakkan Hudud", tegakkan keranaNya.

Bagi yang sangsi, ini hujahnya.

Gempabumi yang sebelum ini jarang kita rasai, telah dapat dirasai di tempat baru seperti Mersing. Gempa 8.7richter Acheh kali ini syukur tidak mendatangkan Tsunami pada Acheh. Mungkin kerana Acheh telah mula menjalankan hudud. Jadi janganlah kita berlengah sampai kita pula terkena apa yang Acheh pernah kena barulah kita mula percaya.

Bagi yang takut pada hudud, ini hujahnya.

RahmatNya lebih dari azabNya, bila kita kembali padaNya. Hukuman rotan sebagai contohnya, hukuman rotan hudud tidak akan sekejam hukuman rotan sekular kini. Nabi Ayub As pernah merotan 100 kali rotan tetapi dengan sekali seberkas 100 rotan. Nabi Isa As pernah menolak kesaksiannya sendiri dengan berkata matanya yang menipu dirinya dalam satu kes curi. Beliau juga pernah menolak hukuman dengan
bertanya pada pengikutnya siapakah yang maksum untuk menjalankan hukuman rejam bagi penzina. Jadi, adakah ini semua main-main. Tidak,proses tahanan dan pendakwaan itu sendiri akan mengaibkan pelaku disamping menginsafkannya bahwa penjenayah itu tidak selamat. Bagi pelaku yang tegar, selalunya taubat dirinya sendiri yang akan membuatnya memilih hukuman maksima. Dari tidak mampu menahan diri contohnya dari berzina, dari dia memilih bunuh diri yang dikeji, lebih baik dia bertaubat dan memilih mati dengan hukuman yang matinya lebih mulia. Contoh Nabi kita menunda hukuman mati pada penzina wanita bukan
tiada. Malah, dalam zaman Khalifah, terdakwa yang mempunyai dalil dalil mampu menolak dakwaan khususnya dalam kes penganiayaan.

Bagi yang skeptikal, ini hujahnya.

Hudud ini sendiri akan membawa kepada platform kekhalifahan itu sendiri.

1. Khalifah

Hanya seorang sahaja yang layak mengepalai, semestinya yang terbaik, yang hanya takut pada Allah, Raja bersendi syarak dengan Kitab AlQuran

2. Perundangan

Walau barisan Qadhi/hakimnya berbagai, hanya satu sahaja rujukan, semestinya yang terbaik, adil lagi saksama iaitu AlQuran

3. Baitulmal

Walau barisan Baitulmalnya berbagai, hanya satu sahaja rujukan, semestinya yang terbaik, yang bebas riba iaitu AlQuran

Dengan ini semua akan mula menghayati isi AlQuran itu sendiri baik Pemimpin, Qadhi, Amil, Peniaga, dan Rakyat segalanya. Tiadalah lagi tersisih dari kehidupan kita.

Kenapa kena cepat?

Sebelum kita menolak kemuliaan ini dan diganti azab, dan kemuliaan ini diserah pada musuh kita yang akhirnya dimuliakan Allah. Jangan lupa kisah kaum Monggol yang meruntuhkan empayar Islam dan akhirnya mereka sendiri menganut Islam. Walhal sebelum itu mereka ialah Yakjuj Makjuj (leluhur mereka yang sepet memang sahih Yakjuj Makjuj, tapi keturunan mereka yang bercampur arab dan parsi pula menjadi
Islam).

Jangan ingat Korea Utara yang kelak mampu menundukkan penzalimnya iaitu amerika, melalui teknologi EMP dengan melumpuhkan semua sistem elektronik dunia dan semua kembali kepada sistem konventional, bertukar menganut Islam dan menjadi panji dari timur selepas menjarah nusantara. Walhal kini mereka juga sepet, menepati Yakjuj Makjuj.

Kerana setakat ini hanya dua negara sahaja yang bebas dari bank dunia. Iran dan Korea Utara. Jangan ingat Secretary General Ban Ki Mon dan sekarang Pengerusi Bank Dunia Jim Yong Kim, dimana kedua-duanya dari Korea Selatan bukan percaturan amerika.

Negara kita memang bawah bank dunia, pembangkang juga pro amerika, jadi tidak mustahil Korea Utara bila berkuasa akan menjarah kita. Itulah kenapa kita kena mulakan hudud, sekurang-kurangnya tidaklah kita dicop sebagai Islam luaran sekutu amerika.

Malah kita boleh pergi jauh selain hudud, dengan bersatu dalam kewangan fulus Islamiah secara nusantara dan kemudian secara dakwah kepada Korea Utara dan Selatan, serta China dan Russia. Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, dan Filipina fasa seterusnya kerana ada sebabnya yang tidak perlu dibicara.


Rahsia fulus kita ialah coin berdasar bijih timah. Sama seperti sejarah
kebangkitan Nusantara. Kita secara perlahan asingkan diri dari bank dunia.
Bukankah Islam akan bangun secara asing. Dengan 300juta Muslim Nusantara, seluruh bijih timah Indonesia iaitu 1/4 keluaran dunia iaitu 60000m3 setahun bernilai RM4.8billion akan kita tukar pada 15 coin 3 gram seorang pada nilai RM1.00 satu koin.

Dunia akan mengalami kesusutan bahan bijih timah yang akan menaikkan nilai fulus, berlawanan dengan sistem sekarang iatu duit yang sentiasa susut nilai. Kemudian kita dakwah China yang mengeluar 1/2 bijih dunia, juga mengguna bijih timah dan dengan penduduknya sendiri 1 billion hanya mampu mengada 10 coin 3 gram seorang pada nilai 1 Yuan = RM1.OO.

Akhir sekali dengan amerika latin,sebagai Blok Ekonomi Selatan, pada nilai
1 Dollar = 1 Yuan = RM1.OO.

Dengan pupus bijih timah dari pasaran dunia, tiada siapa lagi boleh manipulasi. Kita sendiri telah memuliakan Islam dengan dakwah bebas riba, sebagai Blok Ekonomi Timur/Selatan yang bukan hanya bersatu kerana kekayaan tetapi lebih lagi, iaitu keadilan. Sebagai Wakil AlMalik AlAdil.

Jadi, tidak perlulah kita mengulang sejarah tumbangnya Melaka pada Bendaharanya yang ke 7, sehingga terbuang di Johor.
"Daim meramalkan Umno-BN hanya boleh menang selesa di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka."

Jadi jadikan ini titik fokus kesatuan kita. Pada Najib, usahakanlah. Kalau tidak mampu, serah pada Muhyidin. Dan kalau beliau juga tidak mampu serah pada Nik Aziz untuk mulakan di Kelantan. Dan kalau beliau juga tidak mampu serah pada Anuar Ibrahim untuk mulakan di Selangor. Kalau
semua tidak mampu bagilah laluan pada yang mampu secara terhormat
, sebelum sebarang perubahan yang tidak diingini berlaku.

Di Syria pun, dalam kebangkitan sunni melawan syiah, Si Sufyani pun telah keluar sama "bersama" sunni.


CommanderBattalion
Lt. Col Abdul Satar YunsuHamza Khateeb[229]
Capt. Ammar Al-WawiAbabeel
Capt. Ayham al-KurdiAbu Fida[67]
Capt. Ibrahim MajburHurriya[227][230][231]
Capt. Riyad AhmadSamer Nunu
Capt. Qais Qata’nehOmari[232]
Lt. Abdelrazzaq TlassFarouq battalion[38][14][227]
Lt. Mazen al-ZeinQassam
Maher Al-RahmounMoawiyah Bin Abi Sufian
Youssef YahyaHarmoush
Muhammad Tayseer OussoSuqur
Wassim al-KhalidAbu Obeidah bin Al-Jarrah
Ahmad Al ArabiDawn of Freedom[233]

Sekian, WAllahualam.

Mahluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih as., yang diadzab dengan batuadalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Salah seorang Ashabul Kahfi adalah Hawariyun Nabi Isa sekitar 4 Selepas Masehi. Manakala yang 6 lagi adalah umat Nabi Isa dari zaman Raja Rom 250 Selepas Masehi Diqyanus/Decius . Adakah petunjuk dari amalan akhir zaman iaitu surat Alkahfi ini untuk mengingatkan kita tentang marabahaya hujan batu seperti peristiwa Ababil, kerana jarak peristiwa Ashabul Kahfi dan Ababil (tahun kelahiran Nabi kita) adalah 320 tahun dan jauh. Dan bukankah hukuman rejam dengan batu itu sesuai dengan perleluasaan zina?
Kelak, bagi yang terpilih, gunakan besi dari hujan batu meteor itu untuk menempa senjata akhir zaman.

Sunday, April 15, 2012

Panggilan Daulah #2


Sistem kenegaraan itu asasnya 3
1. Khalifah
2. Perundangan/Syarak/Qadi
3. BaitulMal/Perbendaharaan/Kewangan

1. Khalifah

Yang terbaik antara kita kini ialah yang pernah berjumpa/mimpi Rasulullah SAW dan boleh menyampaikan kita berjumpa/mimpi Rasulullah SAW. Jadi, pada yang tidak sampai dan tidak mampu menyampaikan, ketahuilah tahap anda. Yang lebih buruk adalah yang berberpura-pura tentang ini bagi mengangkat diri sebagai Wakil AlMalik.

2. Perundangan/Syarak/Qadi

Yang terbaik antara kita kini ialah yang mampu menggerak diri mematuhi syarak yang ditetapkan dan mampu menarik yang lain mematuhi sama bermodelkan diri sendiri secara keseluruhan. Yang lebih buruk adalah yang berpura-pura alim bagi kuasa sebagai Wakil AlAdil.

3. BaitulMal/Perbendaharaan/Kewangan

Yang terbaik antara kita kini ialah yang mampu zuhud dalam mengambil keduniaan dan mampu menarik yang lain mematuhi sama bermodelkan diri sendiri. Yang lebih buruk adalah yang berpura-pura warak bagi merebut jawatan Wakil AlMalik AlAdil.

Semua ini berkaitan kerana kekayaan itu kuasa, dan kuasa itu korup, dan korup itu hanya boleh dikawal oleh akhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Tidak mungkin orang yang menyampai pada Rasulullah tidak berakhlak sepertinya, meskipun tidak maksum.

Silu Merah Kerajaan Samudera pernah bermimpi Baginda Rasulullah, begitu juga Sultan Muhammad Syah Kerajaan Melaka. Hang Tuah sendiri pernah bertemu Nabi Khidir As.

Dimanakah makam mereka-mereka yang memegang jawatan kini?

Dimanakah mereka-mereka ini yang memegang jawatan kini berada,ketika Peristiwa Selempang Merah Batu Pahat dan Parang Timpas Sg Manik?
Sejarah membuktikan Melaka jatuh walau berkekuatan 30,000 senjata api. Jadi dimana silap kekuatan itu hingga dapat dikalahkan oleh musuh yang hanya 1,000 orang. Ya, kerana yang memegang amanah boleh dibeli, kerana akhlak dari yang di atas begitu, dan yang di luar pula ingin perubahan. Apatah lagi dengan dokongan dari syaitan jin dan manusia yang berbagai bentuk dan rupa samada freemason, jesuits, yakjuj, makjuj, pendekar istidraj, dsb.
Jadi perlukah diulang Kerajaan Melaka terbuang ke Johor sebagai kerajaan
terbuang. Kenapa tidak berbalik kepada AlMalik AlAdil. Jika setakat, jatuh
Melaka diganti Aceh, masih boleh dimaafkan. Bagaimana kalau jatuh Melaka, Portugis berleluasa seluruh Nusantara hingga langsung tidak wujud kerajaan Melaka buangan?
Memang Sikitul belot kerana hutangnya, tetapi hanya dia sahaja dapat imbuhan selesai hutang. Yang lain terikut, memang hutang masih tidak selesai, cuma pengutip hutang sahaja yang mungkin lari. Hutang tetap ada, tidak dapat di dunia, di akhirat belum tentu lagi. Masalah sebenar iaitu sistem riba masih tidak juga selesai dan tetap tahapnya di takuk itu. Hanya ketuanan sahaja berubah rupa. Silap-silap yang lari pun hanya tuan lama, tetapi balaci lalangnya masih ada bertuan tuan baru, sahih pengutip hutang tetap ada.
Memang Islam ini toleransi, tapi ada hadnya, bila kesucian tercabar, yang
tinggal hanya ketegasan. Bila sudah sampai hukum, jika masih berdolak
dalik, taraf wakilNya akan ditarik dari kita, maka tunggulah hukum dari
wakilNya yang baru. Bumi, air, api, angin, binatang, dll akan patuh bila
di perintahNya.
Mana ada ketua yang tidak ingin dipatuhi. Lumrahnya, semua ketua akan zalim jika diengkari kecuali yang beriman. Itupun masih tetap akan menghukum dengan hukumanNya. Begitu juga denganNya, walau rahmatNya lebih dari azabNya, tetapi ketaatan padaNya mesti lebih lagi dari segala, hatta hidup dan mati hanya untukNya.
Jadi, bersedialah. Yang masih diberi waktu, teruskan dengan hidayahNya.
Yang akan dijemput, mafhumlah bahawa mati adalah ubat bagi segala penyakit dunia. Hidup dan mati hanya untukNya. Bukanlah pembunuhan 7 dari 9 itu kuasa musuhNya, tapi hanya jemputan dariNya untuk hambaNya yang soleh, disamping menyaring yang pura-pura dari yang taat. Barulah mudah KhalifahNya dimula tanpa banyak hujah.
Sekian, wAllahualam.

Mahluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih as., yang diadzab dengan batuadalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Wednesday, April 11, 2012

Beras, Perak/Dirham, Muamalat dan Zakat #3

Base value = material cost
Face value = denomination value
Base value copper = usd 3.71/lb = usd 0.008/g
Base value nickel = usd 8.15/lb = usd 0.018/g

US dime face value usd 0.10
Dime composition copper91.67%nickel8.33%
Dime weight = 2.268g
Dime copper's weight 2.268g x 0.9167 = 2.079g
Dime nickel's weight 2.268g x 0.0833 = 0.189g
Dime copper's base value = 2.079g x usd 0.008/g = usd 0.017
Dime nickel's base value = 0.189g x usd 0.018/g = usd 0.003
Dime base value = usd 0.02 ( only 20% from its face value usd 0.10)

With the dime face value you can purchase the base metals 5 times more than the dime contents ie copper at 2.079g x 5 = 10.395g and nickel at 0.189g x 5 = 0.945g. Is it fair to trade a combination of copper 2.079g plus nickel 0.189g, with a combination of copper 10.395g plus nickel 0.945g???
Likewise, if the price of rice is usd 0.6/kg, the amount required using usd is
6 dimes face value with copper at 2.079g x 6 = 12.474g and nickel at 0.189g x 6 = 1.134g, where as in barter trade the actual amount required will be 5 times more with copper 12.474g x 5 = 62.37g and nickel at 1.134g x 5 = 5.67g.???

Malaysia 2nd series 10 cents face value RM 0.10 = usd 0.033 ( Exchange rate 3 )
2nd series 10 cents composition copper75%nickel25%
2nd series 10 cents weight = 2.828g
2nd series 10 cents copper's weight 2.828g x 0.75 = 2.121g
2nd series 10 cents nickel's weight 2.828g x 0.25 = 0.707g
2nd series 10 cents copper's base value = 2.121g x usd 0.008/g = usd 0.017
2nd series 10 cents nickel's base value = 0.707g x usd 0.018/g = usd 0.013
2nd series 10 cents base value = usd 0.03 ( 91% from its face value usd 0.033)

If 2nd series 10 cents base value = usd 0.03 is 1.5 more than dimes base value = usd 0.02, why the exchange rate of the face value is 3 and not 0.66. ???
At exchange rate of 3, our 2nd series 30 cents with material contents copper at 2.121g x 3 = 6.363g and nickel at 0.707g x 3 = 2.121g, can only get us a dime with material contents copper = 2.079g and nickel at = 0.189g. ???

Other than that, the denominations must be proportionate in weight, ie 10 cents must be twice the weight of 5 cents and etc.

2nd series 5 cents weight = 1.414g copper75%nickel25%
2nd series 10 cents weight = 2.828g
2nd series 20 cents weight = 5.656g
2nd series 50 cents weight = 9.331g ??? Kenapa tidak 14.14g

Jadi apakah nilai duit kertas RM 1 semasa?
Adakah bernilai 20 keping 2nd series 5 sen = 28.28g atau bernilai 2 keping 2nd series 50 sen = 18.662g ???

3rd series 5 cents weight = 1.72g stainless steel
3rd series 10 cents weight = 2.98g ??? Kenapa tidak 3.44g

Jadi apakah nilai duit kertas RM 1 akan datang?
Adakah bernilai 20 keping 3rd series 5 sen = 34.4g atau bernilai 10 keping 3rd series 10 sen = 29.8g ???

Adakah kita ditarik perlahan-lahan ke kebodohan memasukki lubang biawak? Tidak hairanlah Wali Wali yang kita anggap sepi dulu hanya berbekal syiling dan berbasikal sahaja sekelip mata dari Jempol ke Segamat membeli kuih. Rupanya mereka telah berpengetahuan tentang duit kertas fiat riba ini!!!

WAllahualam.

KESIMPULAN
A.C. Towers, R. C. Brown and J. C. McHeyzar were some of the earliest teachers. Their salary was about $80 a month. Rice was sold at 8 gantang for a dollar, O.V.H. (Square face) gin cost 30 cents a bottle, Cycle brand cigarettes cost 5 cents for a packet of 10 http://viweb.freehosting.net/vir_Shaida.htm
Dari rujukan di atas dapat disimpulkan

1. Zaman Khalifah

Upah Harian Buruh Zaman Khalifah = 1 dirham 1 daniq
Upah Harian Buruh Zaman Khalifah = 1.33 gantang beras

1 dirham 1 daniq = 1.33 gantang beras
1 gantang = 3.1kg
1.33 gantang beras = 4.123kg beras
1 dirham = 3g perak
1 dirham 1 daniq = 1.166 dirham = 3.5g perak
Ratio Khalifah perak 1g : 1.178kg beras

1 dirham = 3g perak
1 dirham = 120 fulus copper 1g
3g perak = 120g copper
Ratio Khalifah perak 1g : 40g copper

2. Zaman Straits Settlement

1 Straits dollar = 24g perak
1 Straits dollar = 8 gantang beras

24g perak = 8 gantang beras
1 gantang = 3.1kg
8 gantang beras = 24.8kg beras
1 Straits dollar = 24g perak
Ratio Straits perak 1g : 1.033kg beras

1 Straits dollar = 24g perak
1 Straits dollar = 100 syiling Straits 1 sen copper 9.33g
24g perak = 933g copper
Ratio Straits perak 1g : 38.875g copper

3. Zaman usd

usd 1.00 = 1g perak
usd 0.60 = 1kg beras
Ratio usd perak 1g = 1.66kg beras

usd 1.00 = 1g perak
usd 0.008 = 1g copper
Ratio usd perak 1g : 125g copper

1 dirham 1 daniq = 3.5g perak
3.5g perak = 3.5 x 125 = 437.5g copper
3.5g perak = 3.5 x 1.66 = 5.81kg beras
3.5g perak = 437.5g copper = 5.81kg beras

3.5g perak = 3.5 x usd 1.00/g = usd 3.50
437.5g copper = 437.5 x usd 0.008/g = usd 3.50
5.81kg beras = 5.81 x usd 0.60/kg = usd 3.49

SEMUANYA KONSISTEN PADA USD 3.50
Jadi pada tahap penat jerih usaha produktiviti, semua nampak seperti tiada unsur riba. Maka tertakluklah semua dengan anggapan memang ini base value yang benar selaras dengan ekonomi supply and demand. Maka diterimalah upah oleh penghasil perak, copper, dan beras sekadarnya. Jadi dimana golongan elit dan anak-anak buah mereka mengambil bahagian keuntungan mereka pada produktiviti ini.

TUKAR COPPER JADI DUIT BERFACE VALUE BERGANDA DARI BASE VALUE
Untung secara riba sekelip mata secara smart, iaitu tambah nilai dengan tanpa sebarang usaha jerih. Jika satu dime berface value usd 0.10 hanya perlu 2g copper yang base value hanya usd 0.016, maka 437.5g copper berbase value usd 3.50 akan menghasil 437.5/2 = 220 keping dimes yang berjumlah face value usd 22.00. Dari profit ini mereka mengembangkan kuncu-kuncu sebagai shareholder di corporation, dana-dana politik yang memegang ketua perundangan dan jabatan-jabatan, dan juga pembangkang bagi keperluan rejim change jika perlu sekiranya pemerintah belot.
Dan bila mereka bertambah smart maka duit kertas fiat pula dicetak, orangramai hanya termanipulasi kerana masih laku dapat menukar usd 1.00 dollar dengan 10 keping dime. Memang mereka tahu sifir bilangan coin yang perlu dalam kitaran bagi kegunaan harian tanpa shortage. Itulah sifir rahsia kejayaan kenapa tidak perlu semua duit didenominasi dalam bentuk coin terutama emas dan perak bagi face value tinggi, cukup setakat kertas yag majoritinya hanya tersimpan dalam akaun, dan yang mutakhir sekali hanya dalam bentuk nombor yang membuat mereka lebih senyum
lebar.

JADI APAKAH CARA SEBENAR MENGELUAR DUIT ANTI INFLASI, FACE VALUE = BASE VALUE.
Jika 437.5g copper itu base valuenya usd 3.50, maka face value untuk satu dime usd 0.10 itu bersamaan usd 3.50 / usd 0.10 = 35 keping dime. Maka satu dime akan mengandungi 437.5g/35 = 12.5g copper sekeping. Secara alami ratio kenaikkan permintaan akan mengembalikan pada ratio zaman berzaman yang telah dipraktik oleh Wakil AlMalik AlAdil.

Selain pembetulan melalui pengubahan kandungan, cara yang lebih adil ialah dengan mengembalikan pada ratio amali zaman berzaman melalui pembetulan harga manipulasi.
Harga manipulasi beras di ratio 1:1.1 kembali pada usd 0.90 = 1kg beras
Harga manipulasi copper di ratio 1:40 kembali pada usd 0.025 = 1g copper

Pembetulan dilaku pada beras dan copper dan bukan perak atas dasar jika
upah harian 1 dirham 1 daniq = 3.5g perak = usd 3.50, nilainya sendiri
masih sangat rendah apatah lagi jika diturunkan. Memang diyakini beras
dan copper yang ditekan harganya. Malah perak pun hanya lepas dari manipulasi tekanan harga ini apabila emas dan perak mula dicari semula dalam sedekad ini bila ada yang telah sedar pada bahana ini.

Dengan pembetulan dilakukan
Zaman usd, usd 0.90 = 1kg beras
Zaman usd, usd 0.025 = 1g copper

Dime copper's base value = 2.079g x usd 0.025/g = usd 0.052
Dime nickel's base value = 0.189g x usd 0.018/g = usd 0.003
Dime base value = usd 0.055 ( only 55% from its face value usd 0.10. Dan jika nickel juga dibetulkan maka jurang ini makin mengecil dan adil.)

Bilangan dime berdasar base value untuk sekilo beras = usd 0.90/ usd 0.055 = 16 keping.( berbanding 9 keping jika berdasar face value ).
16 keping dime bernilai face value usd 1.60 didarab berat beras upah harian
4.123kg = usd 1.6/kg x 4.123kg = usd 6.60 face value untuk upah harian. Secara alami juga perak 3.5g = usd 6.60

2nd series 10 cents copper's base value = 2.121g x usd 0.025/g = usd 0.053
2nd series 10 cents nickel's base value = 0.707g x usd 0.018/g = usd 0.013
2nd series 10 cents base value = usd 0.066 ( 200% from its face value usd 0.033. Tapi dengan pemansuhan exchange rate manipulasi sama 3 itu, 2nd series 10 cents walau lebih nilai tapi masih boleh dianggap seperti dime usd 0.10 kerana 66%)

Bilangan 2nd series 10 cents berdasar base value untuk sekilo beras =
usd 0.90/ usd 0.066 = 13.6 keping.( berbanding 27.2 keping jika berdasar
face value exchange rate manipulasi sama 3 iaitu usd 0.033). 13.6 keping 2nd series 10 cents bernilai face value 13.6 x usd 0.10 = usd 1.36 didarab berat beras upah harian 4.123kg = usd 1.36/kg x 4.123kg = usd 5.61 face value untuk upah harian.

Dengan 13.6 keping 2nd series 10 cents = sekilo beras, maka sekampit beras 10kg = rm13.6 dan zakat segantang 3.1kg = rm 4.22. Harga pembetulan naik menguntungkan penghasil beras yang dijarah sebelum ini tetapi pembetulan nilai duit face value ke base value menguatkan nilai duit dan menjadikan ia lebih nilai membeli justeru dapat membeli lebih banyak barang seperti barang turun harga yang menguntungkan orangramai kecuali penjarah.