Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Sunday, April 15, 2012

Panggilan Daulah #2


Sistem kenegaraan itu asasnya 3
1. Khalifah
2. Perundangan/Syarak/Qadi
3. BaitulMal/Perbendaharaan/Kewangan

1. Khalifah

Yang terbaik antara kita kini ialah yang pernah berjumpa/mimpi Rasulullah SAW dan boleh menyampaikan kita berjumpa/mimpi Rasulullah SAW. Jadi, pada yang tidak sampai dan tidak mampu menyampaikan, ketahuilah tahap anda. Yang lebih buruk adalah yang berberpura-pura tentang ini bagi mengangkat diri sebagai Wakil AlMalik.

2. Perundangan/Syarak/Qadi

Yang terbaik antara kita kini ialah yang mampu menggerak diri mematuhi syarak yang ditetapkan dan mampu menarik yang lain mematuhi sama bermodelkan diri sendiri secara keseluruhan. Yang lebih buruk adalah yang berpura-pura alim bagi kuasa sebagai Wakil AlAdil.

3. BaitulMal/Perbendaharaan/Kewangan

Yang terbaik antara kita kini ialah yang mampu zuhud dalam mengambil keduniaan dan mampu menarik yang lain mematuhi sama bermodelkan diri sendiri. Yang lebih buruk adalah yang berpura-pura warak bagi merebut jawatan Wakil AlMalik AlAdil.

Semua ini berkaitan kerana kekayaan itu kuasa, dan kuasa itu korup, dan korup itu hanya boleh dikawal oleh akhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Tidak mungkin orang yang menyampai pada Rasulullah tidak berakhlak sepertinya, meskipun tidak maksum.

Silu Merah Kerajaan Samudera pernah bermimpi Baginda Rasulullah, begitu juga Sultan Muhammad Syah Kerajaan Melaka. Hang Tuah sendiri pernah bertemu Nabi Khidir As.

Dimanakah makam mereka-mereka yang memegang jawatan kini?

Dimanakah mereka-mereka ini yang memegang jawatan kini berada,ketika Peristiwa Selempang Merah Batu Pahat dan Parang Timpas Sg Manik?
Sejarah membuktikan Melaka jatuh walau berkekuatan 30,000 senjata api. Jadi dimana silap kekuatan itu hingga dapat dikalahkan oleh musuh yang hanya 1,000 orang. Ya, kerana yang memegang amanah boleh dibeli, kerana akhlak dari yang di atas begitu, dan yang di luar pula ingin perubahan. Apatah lagi dengan dokongan dari syaitan jin dan manusia yang berbagai bentuk dan rupa samada freemason, jesuits, yakjuj, makjuj, pendekar istidraj, dsb.
Jadi perlukah diulang Kerajaan Melaka terbuang ke Johor sebagai kerajaan
terbuang. Kenapa tidak berbalik kepada AlMalik AlAdil. Jika setakat, jatuh
Melaka diganti Aceh, masih boleh dimaafkan. Bagaimana kalau jatuh Melaka, Portugis berleluasa seluruh Nusantara hingga langsung tidak wujud kerajaan Melaka buangan?
Memang Sikitul belot kerana hutangnya, tetapi hanya dia sahaja dapat imbuhan selesai hutang. Yang lain terikut, memang hutang masih tidak selesai, cuma pengutip hutang sahaja yang mungkin lari. Hutang tetap ada, tidak dapat di dunia, di akhirat belum tentu lagi. Masalah sebenar iaitu sistem riba masih tidak juga selesai dan tetap tahapnya di takuk itu. Hanya ketuanan sahaja berubah rupa. Silap-silap yang lari pun hanya tuan lama, tetapi balaci lalangnya masih ada bertuan tuan baru, sahih pengutip hutang tetap ada.
Memang Islam ini toleransi, tapi ada hadnya, bila kesucian tercabar, yang
tinggal hanya ketegasan. Bila sudah sampai hukum, jika masih berdolak
dalik, taraf wakilNya akan ditarik dari kita, maka tunggulah hukum dari
wakilNya yang baru. Bumi, air, api, angin, binatang, dll akan patuh bila
di perintahNya.
Mana ada ketua yang tidak ingin dipatuhi. Lumrahnya, semua ketua akan zalim jika diengkari kecuali yang beriman. Itupun masih tetap akan menghukum dengan hukumanNya. Begitu juga denganNya, walau rahmatNya lebih dari azabNya, tetapi ketaatan padaNya mesti lebih lagi dari segala, hatta hidup dan mati hanya untukNya.
Jadi, bersedialah. Yang masih diberi waktu, teruskan dengan hidayahNya.
Yang akan dijemput, mafhumlah bahawa mati adalah ubat bagi segala penyakit dunia. Hidup dan mati hanya untukNya. Bukanlah pembunuhan 7 dari 9 itu kuasa musuhNya, tapi hanya jemputan dariNya untuk hambaNya yang soleh, disamping menyaring yang pura-pura dari yang taat. Barulah mudah KhalifahNya dimula tanpa banyak hujah.
Sekian, wAllahualam.

Mahluk yang terbuat dari batu adalah unta Nabi Shalih as., yang diadzab dengan batuadalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

No comments:

Post a Comment