Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Tuesday, May 7, 2013

Syukur BN tidak menang 2/3, Syukur Pakatan DAP:PKR:PAS tidak menang 38:37:37




Syukur BN tidak menang 2/3,jika tidak mereka akan sombong dengan kepercayaan bahawa formula mereka betul. Dengan kurangnya wakil mereka dari 140 ke 133 maka makin kuranglah tembolok yang hendak dijaga. Maka bahagian tembolok yang susah dipuaskan ini walaupun sedikit hanya 7 bolehlah diguna untuk agihan pada rakyat. Tidak perlu kalian membakar api perkauman, undi popular telah membuktikan bahawa kalian bukan juara rakyat.

Begitu juga dengan tidak menangnya Pakatan DAP:PKR:PAS dengan pecahan kerusi 38:37:37 yang mewakili 112 kerusi majoriti mudah tapi dengan kelebihan pada DAP. Mungkin PM tercalon masih Anwar, tetapi TPM tidak mungkin mereka beri pada yang lain. Pastikah anda Anwar akan berumur panjang jika DAP TPMnya? Pada yang masih ingin meneruskan gerakan mencabar keputusan PRU13, adakah anda yakin keputusan akan berubah 38:39:39 dari 38:30:21 kini?

Analisa Jadual di atas dapat merumuskan bahawa kalian dari PAS masih tidak dapat sokongan penuh DAP, dan kalian juga tidak menyokong PKR sepenuhnya. Sebenarnya masa berehat blog ini diguna untuk memberi komen neutral dikedua-dua blog samada  pro BN atau Pakatan bagi memastikan tiada pihak beroleh majoriti 2/3 dan khusus untuk Pakatan jika menang walau majoriti mudah tidak dengan pecahan kerusi DAP melebihi dari PKR dan PAS. Memang kebanyakkan yang di atas pagar samada menolak demokrasi
atau memilih tidak mengundi. Bagi yang bukan di atas pagar pula mereka akan tetap setia bersama pilihan mereka dan ingin memastikan pilihan mereka kuat dan lawan mereka lemah. Sebagai Si Asing aku memilih menguatkan yang lemah bila lawannya terlalu kuat, dengan harapan bila keduanya sedar betapa tiada yang
kuat hanyaNya maka tunduklah mereka padaNya dalam satu kesatuan. Insya Allah.

P/S: tulisan yang hampir aku keluarkan sehari sebelum mengundi untuk atas pagar yang lain bila dapat berita palsu BN akan dapat 2/3. Syukur aku dapat gerak agar tidak meneruskan usaha untuk mengerakkan atas pagar lain bagi Pakatan kerana yang beruntung kelak hanya DAP. Kepada BN hentikan meanak emaskan cartel MRSM kerana mereka telah ada MARA untuk menjaga mereka. Hentikan menagih simpati bukan bumiputra/pribumi. Hentikan menagih simpati anak 'UMNO' negeri pembangkang di Putrajaya dan kembalikan martabat JPA. Kembalikan kemegahan UMNO Johor.


UMNO Onn Jaafar: Kubu Melayu Johor 
Mengalah Bukan Kalah



Politik dan ekonomi kita memang secara halus menjatuhkan kerohanian Melayu Islam. Tunku kurang ilmu. Semenjak Genting mula dibina 1968, setahun kemudian 13 Mei. Pengkritik mahupun penasihat disamping Tunku juga gagal memberi idea secara
berilmu. Apa yang diusaha hanya zahir untuk kepentingan politik federal. Baik dari Buku Hijau, DEB mahupun Rancangan Malaysia. Kalau benar kita betul-betul nasionalis sudah lama Cina/India Malaysia setaraf Melayu Singapura. Begitu juga, kalau benar kita betul-betul Islam, sudah lama arak dan judi terpinggir jauh kekawasan terpencil. Kita Islam sekular. Itulah mengapa majoriti Islam dewasa 40 tahun ke atas khasnya imam, pegawai mahupun menteri masih terhijab samada dari dapat melihat siksa kubur ataupun berjumpa Nabi walaupun secara mimpi. Sedangkan banyak kisah-kisah hatta orang bukan Islam malah Yahudi sekalipun, dapat alami keadaan ini.

Selepas UMNO baru, makin teruk. Golongan cerdik pandai terpinggir. Kisah Hang Nadim dalam Singapura dilanggar todak berulang. Jadi jika UMNO sebelum ini, yang kerohanian terpinggir, UMNO kini yang cerdik terpinggir. Arqam hanya menjadi tempat lari mereka ini sahaja. Itulah kenapa Arqam kuat, tetapi atas
dasar kesilapan kerohanian sikit mereka dilumpuhkan, sedangkan aset cerdik mereka khususya diperingkat bawah masih berguna. Patutnya pemimpin Arqam sendiri bila sudah melintas umur 40, masih terhijab dari dua pengalaman tersebut di atas, sedarlah diri. Begitu juga dengan semua kepimpinan sediaada samada masjid, kerajaan, ataupun politik.

Kalau benar, kepimpinan dulu/sediada berilmu;

1. Semua teks tertulis hanya dalam dwi bahasa Inggeris(rumi)/Melayu(jawi).

Kiranya seperti kita baca tafsir Quran, hanya contoh Quran ini Melayu(rumi)/Arab(jawi). Jadi anak-anak melayu pandai dwibahasa dan dwiteks. Golongan dewasa melayu ketika merdeka yang memang sediada pandai bahasa melayu dan jawi tidak
terpinggir dari informasi ataupun perjawatan, dan tidak diperbodoh untuk belajar rumi bagi bahasa melayu kecuali sebagai pengetahuan sampingan. Kita telah memperbodoh diri kita sendiri bila kita utamakan bahasa melayu rumi sebagai pelajaran utama apatah sebagai subjek periksa. Kenapa ramai melayu gagal bahasa melayu rumi, kerana bahasa melayu rumi adalah agenda dan pengetahuan
baru. Bahasa melayu itu sudah lama, tiada salahnya. Rumi juga sudah lama, tiada salahnya belajar khususnya jika ingin pandai bahasa inggeris.
Salahnya bila kita rumikan bahasa melayu dan utamakannya dalam sistem belajar. Maka lari fokus cerdik pandai melayu kita dan anak-anak melayu. Cerdik pandai kena usaha untuk rumikan bahasa melayu, untuk eja ayer atau air dan kamuskan dan segala bagai. Padahal sejak dulu kita tahu ayer/air ini bila jawi di eja
alif ya rho. Kalau terjemah inggeris water. Jadi teks dwibahasa water/alif ya rho. Kita masih belajar bahasa melayu tetapi dalam jawi, kita boleh rujuk pada orangtua, tiada lagi orangtua zaman merdeka jawab abah/emak/atok tidak pandai sebab tidak tahu rumi. Silap-silap orangtua pula dapat belajar dari anak bunyikan
water walau tidak kenal rumi, untuk faham alif ya rho(air) dalam inggeris rumi. Silap-silap ramai yang buta Quran kini terhindar kerana celik jawi.
Tiadalah anak melayu gagal bahasa melayu, diperbodoh dan ditertawa secara senyap, sendiri punya bahasa pun gagal lagi mahu tunjuk pandai. Kerana tidak pandai letak huruf besar bila mula ayat. Tidak pandai jarak ke dengan sana/sini menjadi kesana/kesini kerana ayat tunjuk tempat. Memang tulisan jawi dan rumi berlawanan arah, tetapi kenapa kita faham tafsir Quran. Inggeris/melayu rumi walau searah tetapi tidak juga sama susunan, Headache? Sakit Kepala? kecuali yang bercakap kapala sakit.
Dari segi politik, anak-anak asing yang datang bersama penjajah telah fasih inggeris rumi memberi mereka kelebihan dalam perjawatan. Anak-anak melayu pula berkelebihan bahasa melayu jawi. HANYA dalam keadaan dwibahasa dwiteks
Inggeris(rumi)/Melayu(jawi) sahaja kedua-dua anak ini beradu secara adil. Anak asing kena belajar melayu jawi, dan anak melayu kena belajar inggeris rumi.
Tidaklah saingan ini berat sebelah, anak asing hanya belajar melayu sahaja kerana telah kenal rumi,manakala anak melayu kena belajar 3 melayu rumi dan inggeris. Kita telah terkhianat ketika merdeka lagi. Kalau Inggeris(rumi)/Melayu(jawi) ini terlaksana sejak merdeka memang silap-silap tiada perjawatan tinggi dapat dipegang oleh bangsa asing hatta melayu celup sekalipun. Sebab satu ini pun dah panjang,jadi yang lain aku bagi point sahaja.

2. Kenapa judi dibenar didiri tempat tinggi? Kenapa tidak dipinggir ke pulau?
3. Kenapa Nasrul Haq dibawah Jeneral H***** diharam?
4. Skandal Bank Bumi? Kenapa bukan Towkey kaya disuruh bawa harta buka bank di sana?
5. Rusuhan Sabah/IC? Kenapa bukan dana asing anti Islam sebagai punca asal didedah?
6. Kalau DAP komunis, kenapa tidak tangkap? Order out of Chaos jadi pegangan?
7. Kalau PAS syiah, kenapa tidak tangkap? Order out of Chaos jadi pegangan?
8. Kalau Johor Kubu UMNO, kenapa bukan org Johor ramai di Putrajaya tetapi dari negeri pembangkang?

Aku berhenti sampai no 8, sebab selepas itu era 90an dan aku yakin ramai yang tahu era tersebut hingga kini.

http://victorlim1982.blogspot.com/2013/01/70-reasons-to-dump-bn-umno-in-ge13.html
http://kiff-isme.blogspot.com/2013/04/fakta-dan-sejarah-yang-harus-orang.html
http://penpasksgb.blogspot.com/2013/05/lima-panduan-untuk-pengundi-atas-pagar.html

Matlamat aku agar semua mengundi, bukan kerana hendak memenangkan sesiapa, tetapi lebih kepada meneutralkan kemenangan majoriti 2/3 mana-mana pihak.

Walaupun Pakatan berkelebihan, tetapi taktikal masih pada BN/SPR. Sekadar untuk menang mudah pada Pakatan, semua atas pagar perlu undi Pakatan. Jangan takut, Pakatan tidak akan dapat majoriti besar. MUNGKIN BERUBAH.

Sebaliknya, jika atas pagar tidak mengundi, BN menang mudah. Najib turun kerana gagal dapat majoriti diganti Muhyiddin. MUNGKIN BERUBAH.

Sebaliknya, jika atas pagar mengundi BN, BN menang besar. Najib masih meneruskan teraju. TIADA PERUBAHAN.

Antara mungkin dengan tiada, bergantung pada sokongan "cerdik berilmu". Golongan ini susah untuk bersama UMNO selepas tersisih sejak 90an. Mereka lebih mungkin untuk bersama Pakatan jika Pakatan menang dan sahih agenda sebenar adalah Melayu Islam.
Tanpa mereka Pakatan pun tiada apa-apa. Yang boleh diharap untuk gelecek Singapura untuk dedah senarai Akaun Wang Haram dan memulangkannya ke negara ini hanyalah PKR melalui DAP, kalau "cerdik berilmu" ini bersatu. Ini sahaja cara yang dapat
mengurangkan HUTANG NEGARA bagi mengelak jerat ekonomi CURRENCY WAR dunia semasa. Tanpa ini, sesiapa memerintah pun tidak akan dapat mengelak ketidakstabilan ekonomi akibat hutang negara yang membawa kepada kerusuhan seperti di Eropah. Tanpa agenda Melayu Islam, PAS kelak pun terpaksa juga bergabung semula dengan UMNO dibawah Muhyiddin. Kembali kepada UMNO Onn Jaafar. Jadi, jangan taksub dan takut unduk berubah dan berlebihan dalam berkempen sementara "cerdik berilmu" ini masih ada.

Cuma kalau ditakdir perubahan berlaku, Chain of Command pihak keselamatan perlu pro aktif semasa perubahan. Polis boleh menerima arahan dari menteri baru, sementara Tentera perlu kekal bawah YDP Agong buat sementara waktu. Jika terjadi confusion oleh pihak ke3 dalam Line of Command Polis dan Tentera, jangan panik, jadikan Askar Timbalan Johor sbg rujukan pegesahan. Kenapa Johor? Panjang cerita tapi secara mudah mereka yang terakhir terima pengesahan Khalifah Othmaniah Turki. Pahang, Trengganu, Selangor, Perak dan N. Sembilan (sebelum peristiwa Moyang Salleh) adalah asal satu kesatuan. Jangan gelisah. Confusion oleh pihak ke3 memang tidak boleh dielak spt cubaan membunuh pemimpin/perhimpunan lawan dan kemudian meletak bukti di pihak yang satu lagi.

http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/06/untold-history-khalifah-al-jauhar.html



3 comments:

  1. Dua-dua anwar&najib kena kencing
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201131245152316&set=a.10200106045802973.2191686.1505060471&type=1
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201138627136861&set=a.10200106045802973.2191686.1505060471&type=1&theater

    ReplyDelete
  2. ini semua salah umno...
    wakaka..

    ReplyDelete
  3. saya sokong malaysia jadi negara kominis 2020

    ReplyDelete