Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS

Dirham Pada Zaman Nabi Yusof AS
Iktibar 7 Tahun Makmur 7 Tahun Merudum

Thursday, May 3, 2012

Mutakhir










Siapa hambaNya ini?

Pemakan gaji swasta selama 25 thn sebagai penyelia projek mega. Mengambil upah dengan mengguna kepakaran value engineering, dengan mengamal konsep redesign bagi design yang terlalu membazir bagi mengurangkan pemborosan.

Yakin rezkinya selama ini bukan atas penggajian sesiapa, tapi hasil dari
pengelakkan pembaziran yang dilakukan atas hidayahNya sebagai sumber gaji
rezkiNya. Agak terkenal dalam industrinya, tetapi dalam bentuk yang tidak
digemari iaitu pengawal kos dan tanpa sebarang kos tambahan projek.

Walaupun begitu tidaklah sampai kurang dari kos asal, hanya tepat setara pada
kos asal, kerana tidak mahu dianggap cemburu dengan 'rezki' mereka-mereka ini.
Menghalang pemain industri yang suka pada tambahan kos bagi menambah lagi
'rezki' mereka, walaupun laba asal tidak pun dikurangkan.

Alhamdulillah semua projek bawah seliaannya siap, sebagai tanda walau dalam
sistem fitnah ini hamba-hambaNya masih dapat berfungsi secara berhemah padaNya, dengan tidak menokok tambah lagi kekayaan pemboros ini. Cukup dengan mengekalkan had pemboros ini sekadar mengaut kekayaan yang hanya sepatutnya yang telah pun amat lumayan secara syurga duniawi, secara tidak bersengkokol dengan mereka walau ada habuan.

Walaupun begitu, jalannya bukanlah semudah bicara. Setakat kelulusan akademik
memang tidak mencukupi. Pasti tumbang, kerana bila kita menjadi penghalang cita-cita mereka, kita akan dimusuhi walau bukan secara berdepan. Mainan halus zahir dan batin menjadi mainan walau dizaman moden.

Dan pemain ini pun bukan kecil anak, memang mereka berpengaruh dan berduit.
Jadi dalam kita tidak bersengkokol, kita harus pandai bermanis muka menolak
secara halus, selain amalan zahir dan batin ilmuNya. Itulah kenapa ramai yang
terjebak dalam sistem ini, akhirnya terikut mendokongnya, khususnya mereka yang
sejak kecil terbentuk tanpa jalan ilmuNya, kerana mereka tidak pernah tahu hatta
yakin tentang keilmuanNya untuk memerangi bahana sistem ini apatah dari dalam.

Itulah kenapa aku tidak memandang tinggi majoriti mereka yang berkokok di luar,
kerana mereka belum teruji. Dan begitu juga kenapa aku tidak memandang rendah
majoriti yang di dalam walau ramai yang tumbang dan hanyut hatta masih lagi
berdegil walau terbukti tidak mampu, kerana masih ada segolongan kecil yang
masih mampu.

Walaupun begitu segolongan kecil mereka yang berkemampuan di luar sana adalah
lebih baik dari yang di dalam kerana mereka lebih tawakal penggantungan kepada
Allah khususnya dalam penggajian mereka yang dibayar Allah bukan dalam matawangriba, yang tentunya bagi mereka yang di dalam tidak dapat kecapi kecuali merekatidak mengambil gaji. Paling baik bagi mereka yang di dalam dapat lakukan, ialahmenukar gaji kepada emas perak serta fulus sebagai memulang wang riba kepada sistem dan guna emas perak serta fulus itu sebagai matawang sekadar penyataan mengurangkan persengkokolan matawang riba.

Ketika baru melangkah kealam perjawatan, perlawanan arus ini senang dilakukan
kerana semua groundwork dilakukan sendiri. Tekanan dari atas senang ditongkah
kerana semua butir groundwork ada di dalam tangan sendiri untuk menguatkan
hujah. Setelah lama dalam perjawatan, kedudukan pun sama meningkat. Tapi sayang, pelapis muda yang menjadi orang groundwork tidak ada yang berkualiti sama.

Mereka lebih senang bersengkokol demi habuan, dari menjadi yang sedikit. Itulah
kenapa aku yakin bahwa golongan 1 dalam 1000 ini makin susah dicari, dan sistem hina ini akan lebih berkembang, oleh mereka yang berupa sama. Kalau yang bukan berupa sama itu tidaklah dikisahkan, kerana itu lumrah mereka. Tidak hairanlah bagimereka yang sedikit ini umpama memegang bara api, yang kelak akan terhimpit dariatas dan bawah, oleh sistem ini. Atau mungkin ilmu ini yang sangat asing bagi sistem ini bukan mudah diterima oleh bukan sipencari?

Kini aku telah bebas dari perjawatan, dan dalam langkah kepada sistemNya,
insyaAllah. Sekian.

Mutakhir

Aku memilih platform fulus kerana ia lebih senang dijelaskan dalam formulasi
berbanding wang kertas yang abstrak nilainya. Pun begitu aku melihat ramai yang
telah memilih bercerita melalui platform wang kertas. Jadi biarlah aku memula
platform yang mungkin tiada lagi dipilih orang.

Semenjak kesedaran tentang wang fiat riba ini, aku mencari cara mengurangkan
persengkokolan dengan sistem wang fiat ini, kerana aku masih dibawah penggajian. Tentang perjawatan, aku tiada masaalah kerana aku memang yakin atas fungsi aku semenjak tamat belajar. Akhirnya seawal 2009 aku mula dengan menyimpan syiling atas dasar fair valuenya. Sekurang-kurangnya syiling tidak ada naik turun sepertiemas perak. Selepas faham tentang emas perak, barulah aku belijual emas perak.

Aku berprinsip bahwa adat pendekar itu harus berani berpencak dalam mana-mana gelanggang. Jadi jika sebelum ini sistem matawang ini menindas, maka haruslah aku melawan dalam gelanggang matawang ini. Apatah lagi menjaga harta dan diri yang diamanah adalah wajib, khususnya dari jatuh kepada yang bukan Islam.

Tapi masalahnya kini, sistem ini didokong oleh mereka yang berupa seperti aku.
Jadi perlawanan ini tidak boleh secara terbuka,kerana nanti akan ada pengapi yang mengambil kesempatan. Selain keutamaan menyelamatkan diri sendiri dan keluarga serta harta sebagai lebih utama dalam meniti gelanggang matawang, kesedaran pada pendokong yang sesama rupa ini perlu juga dibuat. Kerana kewajipan itu lebih pada mereka. Aku hanya setakat penyampai dakwah kesedaran. Itulah kenapa aku menulis.

Dan yang terlalu sebok hendak mengganti pendokong sekarang ini, adakah
mereka telah mantap tentang permainan ini. Itulah dalam masa bicara aku perlu
berahsia. Bicara aku untuk mereka yang bertanggungjawab supaya sedar. Rahsia
aku pula agar anti pendokong tidak mengguna pengetahuan ini untuk menghentam
sahaja dan bila mereka pula yang menjadi pihak berwajib masalahnya tetap ditakuk lama. Sedangkan musuh sebenar yang perlu dihadapi adalah sama dan kesatuan itu yang perlu.

Gelanggang Matawang

Musuh terbesar ialah bank dunia, dan kuncu-kuncunya ialah bank-bank negara. bank dunia dilindung oleh perundangan bangsa bersatu dan persenjataan 5 kuasa besar serta Nato, yang kini didominasi amerika/yahudi zionis. jika amerika jatuh, dan bagi mereka yang faham amerika ialah romawi, mereka boleh sahaja berpindah kepada budak suruhan baru, russia yakjuj/yahudi zionis, china makjuj/yahudi zionis, dan juga arab spring sufyani/yahudi zionis. vatican dajjal akan sentiasa tidak munculkan diri dan dibelakang tabir. begitu juga iblis. yang kita hadapi hanya anak buah mereka iaitu syaitan jin dan syaitan manusia. jika orang Islam yang beribadat pun boleh diwas-waskan, apatah lagi setakat Islam pada nama, yang bukan Islam lagilah. (romawi asalnya penyembah berhala dan dewa-dewi, ingat kisah Ashabul Kahfi, kemudian demi sokongan mereka mula mengguna ugama yang dijenama roman katolik, hingga menjadi kuat dikenali empayar byzantine, tapi akhirnya jatuh hingga tinggal menjadi negeri kecil vatican rome. pengikut setia merebak keserata eropah dan mutakhir berhijrah ke amerika. lambang berhala/sihir tetap dapat disaksi pada duit usd. itu mengapa ramai tertarik pada kertas bernombor usd)

Jadi,majoriti sudah maklum tentang keampuhan usd sedangkan ianya hanya nota
hutang. negara lain semua ikut menerbit nota hutang masing-masing bersandar usd.
orangramai akhirnya rela mengdokong tanpa kesedaran. yang mempunyai kesedaran akan dihapuskan. bagi yang mafhum, akan nampak inilah sistem khalifah palsu, membagi taat setia pada sistem kewangan nota hutang dan bank negara sebagai khalifah kecil wakil kepada khalifah agung bank dunia. kita rela diupah,
mengupah, menjual, membeli, sedekah, zakat, jizyah dan akhirnya redha dengan
sistem nota hutang ini. Empayar Ottoman pun terjajah dengan nota hutang biaya
jalan keretapi. Kerajaan Johor Sultan Ibrahim pun nyaris muflis dengan taktik
sama iaitu nota hutang biaya jalan keretapi. bagi yang mafhum dengan taktik ini,
akan nampak modus operandi ini sama dengan nota hutang biaya kereta dan rumah
bagi orangramai. masalahnya kenapa yang berwajib tidak mengharamkannya. adakah musoh kita telah berjaya melahirkan pemuka-pemuka yang sama dengan kita, ya, oleh itu menitilah dengan cermat, jangan sampai kecundang pada pemuka-pemuka dan pendokong ini.

Jadi, adakah duit usd itu besar nilainya. jika berhujah pada duit kertasnya
mungkin mereka masih boleh berdalih. Oleh itu kita hujah pada fulusnya. Dengan
nilai 10 sen 2nd siri kita yang 1.5 kali nilai 10 sen usd, kenapa selama ini kita
tertindas untuk membayar pada tukaran 3 ganda duit kita pada satu duit usd.
Dengan kata lain kita tunduk/turun nilai kita 1.5x3=4.5 kali ganda dari usd. Ini
terang-terangan penindasan skala tinggi bagi majoriti orangramai yang dibenarkan
oleh bank negara kita. contoh harga beras, sekilo usd 0.6 patut dibayar oleh kita
usd 0.6/1.5 = rm 0.4 iaitu 4 kpg 10 sen. tanpa subsidi pun sudah murah.

Tapi yang berlaku sekarang sekilo beras usd 0.60 x 3 = rm 1.8 setelah diturun
nilai tukaran asing.(penurunan kumulatif sebenar rm 1.8/rm 0.4 = 4.5 kali ganda)

Itu secara antarabangsa. Dalam negeri pula, 10 sen 2nd siri nilai 3 kali ganda
dari 10 sen 3rd siri. Kenapa tidak sahaja buat tukaran 1 lama kepada 3 baru untuk
ganti yang lama. Walhal 10 sen yang baru ini pun telah ada untung kerana kosnya
hanya 1/3 dari nilai muka.

Sahih jenayah, harap ada penguat undang-undang yang sedar mendakwa jenayah ini. Mantan pemimpin yang sebelum-sebelum ini pun tiada dalih, kerana tukaran asing atas 3 ini telah berleluasa lebih 10 tahun.

Itulah kenapa kita kena mansuh bank dunia serta bank negara dan balik kepada
standard emas perak baitulmal. Dan ini tidak dapat lari dari hudud itu sendiri.
kerana selagi syariat ini tidak dilaksana, tidak akan ramai memilih jalan riba
itu haram dan berniaga itu halal. Masih tidak letihkah hendak mendokong sistem
sekular yang tidak menyelesaikan masalah, dan hidup berpura seperti tiada
masalah? Mampukah memberi jawapan kelak kenapa orang yang ada simpanan kwsp rm 250,000 tidak ditukar fulusnya 3 kali ganda iaitu rm 750,000 bila duit sen siri baru ini dimula, kerana kononnya tukaran ini tidak menyusutkan nilai? Hujah tukaran asing harga beras di atas pun tanpa tukaran duit sen baru pun mustahil disangkal, ini kan pula dengan tukaran sen baru? Adakah BR1M, Restoran1M, Kedai1M dan yang seangkatannya mampu untuk menebus kesusutan ini? Kenapa tidak adukan pada yang berwajib, ambillah iktibar bahwa pemimpin yang perlu menjaga rakyatnya dan tahu sungutan mereka bukan menghantar balaci yang tidak ada kuasa? Kami tiada masa kalau hendak bertemu semua, itulah kenapa on the first place buat sistem yang betul kerana bila sistem sudah betul tiadalah rungutan dan tiada sesiapa pun perlu dijumpa? Takkan bila Tuhan jadikan manusia sebagai Khalifah, Dia tidak sediakan pengetahuan sepatutnya.

Negara kita ada rukunegara kepercayaan kepada Tuhan. Siapa yang tidak bertuhan
buang negara. Bila dia bertuhan, tanya apa kitab dia. Hudud dia ikut kitab dia.
Ramai nanti fremason jesuits yakjuj serta makjuj akan berhijrah lari, percayalah.
Menyenangkan mereka yang taat setia pada bumi ini. Bila kita telah tambat duit
kita pada emas perak dan fulus, sebarang duit luar masuk hanya emas perak dan
fulus. Tiada lagi duit kertas atau digital. Percayalah, musoh tidak dapat lagi
membeli hasil, jiwa dan tanah negeri ini kecuali dengan duit sebenar iaitu emas
perak dan fulus. InsyaAllah.

Sekian, wassalam, mutakhir dariku.

http://commonsenseconspiracy.com/2012/04/megachurches-on-the-rise-has-religion-become-an-enterprise/

http://curezone.com/forums/am.asp?i=1934837


P/S: Ahli kitab lain pun tahu tentang ini. Apabila tambatan ini dilakukan, contohnya di amerika, emas akan bersamaan usd 7500/oz dan perak usd 150/oz pada fair base value satu dime 10 cents mereka. Debt Forgiveness akan berlaku, iaitu ramai yang menyimpan emas perak akan dapat melangsaikan hutang mereka sekaligus yang menakutkan pendokong sistem ini. Walaupun harga barangan lain juga nampak naik, tapi pada hakikatnya ia adalah fair value yang sebenar berdasar nilai dime.

Kalau di negara kita pula tambatan berdasar 10 sen 2nd siri ini akan membawa emas kepada rm 5000/oz dan perak rm 100/oz, bertepatan nilai 10 sen lama yang 1.5 nilai dime berbanding tukaran sebelum ini yang tidak berasas fair value. Kalau 10 sen 3rd siri?  Pasti semua senyum dengan laba kemenangan atas sistem kuffar ini.

Oleh itu harga beras fair value dime ialah usd 3.00 dan bagi fair value 10 sen lama kita rm 2.00. Emas dan perak menjadi common exchange antara sesebuah negara. Negara tertindas seperti Malaysia dan Australia akan tiada perubahan ketara pada harga barangan. Negara menindas seperti amerika, canada dan indonesia(jangan terkejut, elit matawang yang kuat di nusantara) akan ketara kenaikkan iaitu 5x di amerika, 7x di canada dan 5x di indonesia.


P/S 2 : Penguasa yang layak terbit wang dinar/emas, dirham/perak, fulus/copper legal, yang sebenarnya tiada turun naik nilai mendadak (kalau tanpa wang kertas/kadar tukaran kapitalis wujud, naikturun semua komoditi sebenarnya selari dan agak konsisten) selayaknya tanpa premium, disamping mengawal cetakan palsu serta yang paling utama wajib menyedia tempat bagi tukaran Islamik antara emas/perak/fulus legal dari semua pihak dalam/luar negeri dan mempunyai lombong emas/perak/tembaga. Yang menerbit tanpa layak dengan kewajipan tersebut patut dihudud.

Contoh ratio asal, 100 fulus 10 sen lama = 1 dirham, maka bila copper naik perak juga sama naik dan ratio agak konsisten. Tahun 2000 ratio purata emas perak tembaga ialah 1 emas : 70 perak : 6300 tembaga. Tahun 2012 ratio ini 1 : 51 : 6375. Ratio purata bagi kedua-dua tahun ini 1:60:6350 ,yang mana jika diguna pada 2006 adalah menepati perubahan gradual,yang selayaknya matawang stabil yang konsisten dengan komoditi lain seperti beras/ayam. Harga 5 kg beras/1.5 kg ayam tahun 2000 1dirham = 72 fulus = 1/100 dinar, tahun 2006 1dirham = 85 fulus = 1/85 dinar, dan tahun 2012 1dirham = 100 fulus = 1/72 dinar.

Bagi yang berkefahaman akan nampak 1 dinar tahun 2000, 2006, 2012 adalah statik pada 7200 fulus. Ajaib bukan, ini kerana fulus coin ada nilai intrinsic yang setara turun naik? Bagi yang berkefahaman juga tahu kenapa emas dan perak ini setara pada fair valuenya hanya mutakhir ini, kerana telah di manipulasi harga sebelum tahun 2000 selama 20 tahun.

Ingat lagi Zimbabwe yang muflis walhal pengeluar emas utama dunia, yang dijarah
oleh sistem ini termasuk kita semua yang sebenar membeli emas bawah fair value, seronok atas kesusahan orang?  Manipulasinya kerana tidak ditambat pada 
fulus coin (tetapi pada wang kertas yang tiada nilai intrinsic), itu sahaja trick
simple yang berjaya menjarah hampir seluruh dunia, khususnya emas dan perak. Dan dengan stok emas dan perak ini juga mereka masih ada keupayaan penimbal mengawal harga selagi majoriti dunia tidak bersatu pada tambatan emas perak fulus coin ini.

Maka pengumpul emas perak kena lebih bijak sebelum dijarah lagi walau pun
memegang fizikal, jangan merempit/loan tanpa ilmu. Yang tidak memegang fizikal
seperti akaun/saham/derivatif, anda seangkatan mereka. Jalankan jualbeli fizikal
tidak kira turun naik harga, tawakal, sebab secara logik beli murah jual mahal
baru untung. Tapi bukan itu kaedahnya kerana itu untung peribadi, sentiasa
jualbeli dan bila ramai yang sudah pegang fizikal barulah kita ada kekuatan ummah yang baru dapat menjatuhkan mereka dan menguntungkan semua secara jemaah.

Tukaran Asing Islamik
1 dirham = AUD $5 = RMsiri2 $10 = SGD $10.8 = PHP $170 = USD $15 = RMsiri3 $30 =
THB $300 = IDR $200,000 = CAD $52.6

1 oz = AUD $50 = RMsiri2 $100 = SGD $108 = PHP $1700 = USD $150 = RMsiri3 $300 =
THB $3000 = IDR $2,000,000 = CAD $526

VS

Tukaran Asing Kapitalis
1 oz = AUD $30 = RMsiri2 $90 = SGD $36 = PHP $1260 = USD $30 = RMsiri3 $90 =
THB $900 = IDR $270,000 = CAD $30

1 dirham = AUD $3 = RMsiri2 $9 = SGD $3.6 = PHP $126 = USD $3 = RMsiri3 $9 =
THB $90 = IDR $27,000 = CAD $3

Bandingkan penjarahan tukaran kapitalis dengan tukaran Islamik. Banyak bezanya
khususnya CAD, IDR, dan USA yang diyakini akan menentang hebat oleh elit mereka melalui pendokong yang tidak berkefahaman khususnya angkatan bersenjata dan pendekar istidraj serta PENGGIAT DINAR DIRHAM tanpa ilmu contohnya bagi IDR yang kos dirham IDR27,000 dan dijual IDR66,000 pun telah untung( tetapi sebenarnya masih terikat pada nilai wang kertas dan kadar tukaran matawang fiat yang tetap tiada intrinsic ). Memang seronok bila bersama sistem duniawi ini. Sebenarnya kita tidak membantu yang Haq, iaitu memberi yang sepatutnya kepada ahlinya,  kalau yang berkefahaman akan nampak petani/buruh lombong akan menikmati untung yang sewajarnya, bukankah ini berjiwa rakyat, tidakkah Nabi kita menyayangi simiskin, kerana Beliau juga tahu tentang ini. Bayangkan perolehan pesawah Indonesia yang dapat IDR 40,000 bagi satu kg beras berbanding IDR 9,000 kini. Fahami, kerana jalan jihad ini pun tidak semudah yang digembar gemburkan.


(Apakah fiat? Fiat ialah peratus Face Value diatas intrisik Base Value fulus
masing-masing secara domestik, dan Base Value fulus masing- masing diatas Base
Value USD dikali Face Value  USD diatas Face Value fulus masing-masing secara
antarabangsa. Secara domestik dapat dilihat dari jadual Tukaran Asing Islamik
berbanding Tukaran Asing Kapitalis, contoh peratus fiat domestic bagi
AUD=160%. RMsiri2=$100/$90=110%. SGD=300%. PHP=135%. USD=500%. RMsiri3=333%. THB = 333%. IDR = 740%. CAD = 1750%. Contoh peratus fiat antarabangsa bagi
AUD=300%. RMsiri2=USD$150/RMsiri2$100 x RMsiri2$90/USD$30=450%. SGD=180%. PHP=370%. USD=100%. RMsiri3=150%. THB = 150%. IDR = 7%. CAD = 28%.)

1 comment:

  1. Salam tuan,,
    terima kasih dengan post terbaru ini,,amat berguna dan membuka minda..

    ReplyDelete